Jumaat, 27 Januari 2017

AL-FATIHAH









Lapan lagi mayat penumpang bot pancung karam ditemui


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) semalam menemui lapan lagi mayat lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI), yang hilang dalam tragedi bot pancung karam di perairan Tanjung Leman pada hari Isnin.

Timbalan Pengarah Maritim Wilayah Maritim Selatan Kapten Maritim Saiful Lizan Ibrahim berkata mereka ditemui terapung kira-kira 7.30 pagi di kedudukan lima batu nautika selatan Pulau Mungging, Kota Tinggi iaitu kira-kira 60 batu nautika dari tempat bot itu karam.

Beliau berkata penemuan itu menjadikan jumlah mangsa yang dijumpai setakat ini adalah 24 orang yang terdiri daripada tujuh wanita dan 17 lelaki.

Selain itu, dua mangsa lagi iaitu seorang lelaki dan wanita dijumpai selamat.

"Operasi hari keempat hari ini melibatkan pencarian di perairan Tanjung Sedili hingga ke perairan Teluk Ramunia yang sejauh 60 batu nautika.




--------------------

Tiada ulasan: