.

Selasa, 20 Jun 2017

SAMAN JANGAN TAK SAMAN









HAJI RAHMAN 

WAJIB SEGERA

SAMAN FITNAH 


Saya terpanggil memberi komen terhadap Tuan Haji Abdul Rahman Dahlan yang menggesa Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) untuk menamakan pengadu dalam kes rampasan aset haram hasil daripada penyelewengan wang 1MDB berjumlah USD1.7 bilion.

Kenyataan Tuan Haji Rahman ini membuktikan beliau tidak faham perkara asas, iaitu mengapa DoJ memfailkan kes rampasan aset haram ini. Untuk pengetahuan Tuan Haji Rahman, DoJ merupakan sebuah agensi kerajaan AS yang ditugas mempertahan kepentingan AS berlandaskan undang-undang, dan bukannya alat politik kuasa besar dunia seperti yang dipercayai Tuan Haji Salleh Said Keruak – yang telah terbukti tidak benar.

DoJ pada 15 Jun 2017 menyatakan bahawa:

Satu jenayah pengubahan wang haram (money laundering) dipercayai berlaku di AS antara 2009-2015 yang telah menyalahgunakan sistem kewangan dan perbankan AS;

Terdapat beberapa individu yang didakwa menyeleweng wang 1MDB berjumlah USD 4.5 bilion (~RM19.2 bilion hari ini);

Dari jumlah besar itu, USD 1.7 bilion (~RM7.3 bilion hari ini) didakwa diguna untuk membeli aset haram, termasuk berlian merah jambu bernilai USD27.3 juta;

DoJ memfail kes ini untuk memastikan AS tidak diguna sebagai “tempat selamat” (“safe haven”) para perasuah dan kleptokrat antarabangsa;

Setelah menerima aduan, siasatan mendalam telah dan terus dijalankan peguam-peguam dan agen-agen penguatkuasa undang-undang AS dari Jabatan Peguam Negara AS, IRS, FBI dan lain-lain;

DoJ mahu aset-aset ini dipulangkan kepada pemilik sebenar: rakyat Malaysia.

Jelas, melalui kes ini DoJ mahu membanteras jenayah pengubahan wang haram yang dipercayai telah berlaku di AS, serta mempertahan integriti dan menjamin keselamatan institusi kewangan AS – bukannya untuk campur tangan politik Malaysia.

Pengubahan wang haram, terutama menggunakan hasil pecah amanah dan penyelewengan wang rakyat, tidak boleh diterima bukan sahaja di AS tetapi juga di Malaysia seperti terkandung di dalam Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (2014).

Oleh itu, gesaan terhadap DoJ untuk mengumumkan nama pengadu hanyalah satu helah politik Tuan Haji Rahman. Sepatutnya Tuan Haji Rahman menggesa Najib untuk perjelas mengapa beliau masih enggan menyaman WSJ, dan menggesa Rosmah untuk perjelas bila beliau akan menyaman 7 akaun Twitter dan laman web yang mengaitkan beliau dengan berlian merah jambu itu.

Tuan Haji Rahman juga sepatutnya menggesa Peguam Negara untuk proaktif bekerjasama dengan DoJ dalam usaha memulangkan aset RM7.3 bilion yang didakwa dicuri itu kepada pemiliknya yang sebenar: orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan di Malaysia.

Jika Leonardo DiCaprio pun boleh sokong pulangkan aset yang diperolehi dengan wang haram, mengapa  Tuan Haji Rahman Dahlan tidak mahu sokong?

Atau adakah Tuan Haji Rahman tidak mahu harta rakyat yang didakwa dicuri itu dipulangkan kepada rakyat?

Tetapi, oleh sebab Tuan Haji Rahman ingin ketahui siapa pengadu kes DoJ ini, langkah terbaik adalah untuk beliau sendiri menyaman DoJ. Dan sekiranya beliau tidak tahu peguam mana yang boleh membantu, saya mencadangkan Tuan Haji Shafee Abdullah, yang didakwa menerima RM9.5 juta dari akaun peribadi Najib, yang pasti bersedia menerima kes ini demi mempertahan imej dan nama baik negara.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

20 Jun 2017



----------------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini haji rahman dahlan dah tak serupa haji lah. Ini belit mulut banyak kuat belakang lagi kasi ikat simpul tarik mati lagi belit kasi habis dalam ada kuat sama taruk belakang pusing banyak punya jugak satu kali ikat habis. Ini haji rahman dahlan dah lah serupa aci raman naidu dalam.

Tanpa Nama berkata...

Saman TT, saman pembangkang no problem. Saman Doj macham minta atomik bom jatuk di putragilajaya.