.

Ahad, 11 Jun 2017

SELAMAT BERBUKA









HARI ENAM 

BELAS


hari ini kuala lumpur
gila panas terik
gua tak keluar rumah
tapi petang berangin
nyaman dan selesa

kelmarin gua ke sungkai
aduh! hanya ada satu gerai
yang dibuka jual petai
ini pun hanya beberapa papan
tukang jual beri tahu
musim belum sampai

terus ke bidor
ada petai tapi mahal
gua beli 60 rm
bila pulang ke rumah
gua kira 
ada 45 papan
ertinya 75 sen satu papan
lebih murah dari
pasar chow kit 
4 papan 10 ringgit

aduh! yang tak berekonomi
macam maa agaknya

dari bidor ke slim river
dalam perjalanan jalan lama
disatu lampu merah
seorang minah rempit
tak hirau 
terus meredah lampu merah

ah! takut lambat berbuka

gua senyum
gua senang hati
tanah melayu masih belum arab
selagi ada minah rempit
selagi ada mat rempit
selagi ada chikaro
ini suhu budaya

gua menuju restoran ikan air sungai
dua tahun dulu sebelah restoran ini
ialah restoran masakan melayu
waktu bulan puasa
tahun lepas
penuh penuh penuh
makanan ikan kerang ketam
kini dah tutup  dah pindah
sewa dah naik sampai 3000rm
sudah macam sewa di kuala lumpur

ah soo yang baik hati
menerangkan menu
ada ikan tapah
ada ikan baung
ada udang galah
lalu gua minta ikan tapah
tapi sayang badan sudah habis
tinggal kepala
lalu tukar ikan baung clay pot
ini paling spesial dari restoran ini
sekali dalam hidup wajib rasa
untuk sayur gua minta
peria dengan telor asin

tadi di sungkai gua
sempat beli rebong masak lemak
dan kueh melaka
ini untuk berbuka

aduh! indahnya hidup ini


SELAMAT BERBUKA








-----------------------

Tiada ulasan: