Rabu, 26 Julai 2017

KENAPA MAPPADULUNG DIKEPONG




KENAPA MAPPADULUNG  
DIKEPONG

Tetiba  pada 16 Jun 2017 Deparment of Justice America - DOJ  - mengeluarkan kenyataan hendak merampas harta-harta yang dibeli oleh Jho Low dan Riza Aziz hasil dari duit rompakan  1MDB.

Kenyataan DOJ ini keluar ketika Najib bercadang hendak mengunakan pilihanraya kecil (PRK) Pujut untuk membuktikan Sarawak masih lagi ‘ peti duit bank simpanan selamat’ untuk Najib dan gerombolan Parti Ketuanan Melayu.
Najib bercadang  PRK Pujuk ini akan digunakan samaksimum mungkin untuk mempersoalkan kesetiaan DAP. Ini kerana wakil rakyat Pujut yang dibatalkan kerusinya ialah  ahli DAP. YB ini memiliki dua kerakyataan.

Tetiba pada  - pada  19 Jun 2017 - tiga hari sesudah kenyataan DOJ keluar - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  terpaksa membatalkan PRK  Pujut ini. 

Lalu timbul persoalan - kenapa DOJ buat kenyataan ini pada saat dan ketika ini? Ini  jelas mensabotaj rancangan PRK Najib.

Dalam kenyataan DOJ pada 16 Jun 2017 ada disebut rantai leher intan berlian yang dibeli oleh Jho Low dengan  menggunakan duit curi dar 1MDB. Rantai intan berlian ini dihadiahkan kepada Rosmah Mansor.  Untuk pertama kalinya nama Rosmah Mansor isteri kepada Najib ada disebut secara hitam puteh dalam kenyataan DOJ.

Hairan dan pelik - kenapa rantai intan berlian ini diselit oleh DOJ? Walhal rantai ini  tidak disenarai sebagai bahan rampasan. 

Maka difahami dunia media - rantai intan berlian milik Rosmah Mansor ini adalah aji-no-moto kepada semua media dunia agar kes 1MDB ini menjadi berita gempar.
Tetiba pada 13 Julai 2017 - kita terbaca berita seorang pegawai bank BSI di Singapura dipenjara selama 54 bulan.  Pegawai bank ini terlibat dalam kes ‘cakar makar’ pemindahan duit 1MDB dalam bank BSI yang beroperasi di Singapura.

Tetiba pada 18 Julai 2017 akhbar Hong Kong - South China Morning Post membuat laporan bahawa Rosmah Mansor adalah kuasa yang sebenarnya dibelakang Najib.

Ini berita lama yang satu dunia sudah mengetahui tentang peranan Rosmah Mansor. 

Kenapa sekarang berita ini dlapor?

Tetiba pada 19  Julai 2017 kes kapal selam Scorpene dibuka dalam mahkamah di Paris. Ini satelah enam tahun laporan rasuah Scorpene yang diajukan oleh SUARAM. 

Kes kapal selam  ini  berkait rapat dengan kes pembunuhan Altantuya yang berlaku pada tahun 2006. Altantuya ini ialah ‘penyedap’ Razak Baginda penasehat dan kawan rapat Najib. Juga dilaporkan sebelum menjadi ‘penyedap’ Razak Baginda model dari Mongolia ini telah menjadi ‘penyedap’ Najib sendiri.

Kenapa  kes ini dibuka di Paris sekarang?

Tetiba pada 20 Julai 2017 - Parlimen United Kingdom telah menerima agenda dari seorang ahli parlimen UK untuk membicangkan peranan Najib dalam 1MDB dan  dasar kerajaan Britain terhadap 1MDB.
Pelik yang melikkan. Kenapa satu persatu berita  yang bersangkutan dengan 1MDB muncul. Semua berita ini bersangkutan  dengan  Najib. Semua menjadi   ledakan berita diseluruh dunia.

Pelik yang menghairankan? Tetapi jika dianalisa dan dikaji tidak ada satu pun yang pelik. Tidak ada satu pun yang ganjil. Tidak ada satu pun yang berlaku secara tidak disengaja. Semua dirancang. Semua disusun.

Untuk saya - jelas dan amat terang - tak perlu bersuluh - bahawa dibelakang semua berita ini telah ada perancngan yang tersusun untuk memastikan Najib Razak dinyahkan dari kerusi Perdana Menteri Malaysia. 

Jelas dan terang ada kesepakatan antara negara-negara ini untuk bergerak sarentak , sairama dengan satu tujuan.

Semua bertujuan untuk mengepong a.k.a isteri… opps suami kepada Rosmah Mansor.. a.k.a Mappadulung Daseng Mattimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib Razak 

Pada hemat saya amat-amat jelas dari dari tarikh dan saat berita-berita ini dicipta telah wujud satu konspirasi yang disusun rapi untuk memastikan Mappadulung akan ditendang keluar dari tampok kuasa.

Maka satu Malaysia akan bertanya - kenapa dan mengapa Mappadulung ini perlu dikepong  dahulu sabelum disingkir dari tampok kuasa?

Ini ditambah dengan soalan hakiki  - kenapa Mappadulung  perlu dijatuhkan? Kenapa  Mappadulung  perlu disingkir? Siapa yang mahu Mappadulung  dinyahkan dari Putrajaya?

Pertama saya ingin memberi penjelaskan bahawa kerajaan Amerika yang paling utama yang  mahu menerajang  Mappadulung. Amerika Syarikat tidak mahu lagi Najib  terus menjadi Perdana Menteri. 

Saya wajib memperjelaskan bahawa rancangan  DOJ Amerika untuk menendang keluar  Najib  tidak ada sangkut paut dengan demokrasi atau hak asasi manusia.

Rancangan Amerika ini bukan berakidah untuk membantu pengluasan demokrasi di Malaysia. Bukan. Tidak. Dan jangan salah tafsir. Rancangan  - Terajang Mappadulung - ini juga tidak ada sangkut paut dengan hak asasi rakyat Malaysia yang sering diinjak-injak oleh Mappadulung.

Wajib saya nyatakan disini - niat dan akidah Amerika adalah untuk kepentingan Amerika. Presiden Trump telah berkata - America First.  Semua untuk kepentingan Amerika. Amerika didahulukan.

Apakah kini Najib  tidak lagi bersama Amerika? 

Najib  masih bersama Amerika.  Tetapi Najib memerlukan dana yang banyak untuk membebaskan diri dari hutang piutang 1MDB. Dalam keadaan sesak nafas ini masuk China Merah.

Najib memerlukan duit. China Merah datang dengan duit. 

China Merah diberi hak oleh Najib untuk membuat pelabuhan laut dalam  di Melaka. Pelabuhan dalam ini berpotensi untuk menjadi pengkalan tentera laut. China Merah diberi hak untuk membuat landasan keretapi. China Merah dikatakan sedang mengintai kawasan di perairan Sabah untuk menjadi pelabuhan tentera laut China.

China Merah ialah musuh Amerika. Kawan kepada musuh adalah musuh kita. Justeru Amerika melihat Najib ini sebagai merbahaya. Dasar dasar Najib sedang dikemudikan untuk kepentingan ekonomi dan ketenteraan China Merah.

Amerika membaca kini Najib telah masuk ke dalam saku  China Merah. Perbuatan dan dasar Najib ini  bahaya untuk kepentingan  ekonomi dan ketenteraan  Amerika di rantau Asia. 

Justeru Mappadulung Najib wajib di terajang.

Bagaimana pula dengan  keterlibatan UK, Switzerland, Singapura, Hong Kong dan Peranchis?

Singapura, Switzerland  dan Hong Kong - kota peniagaan. Singapura dan Swiss berniaga mata wang. Ekonomi mereka bergantung pada keyakinan  kerajaan atau individu untuk membawa dan menyimpan duit dalam bank-bank di negara mereka.

Untuk mempersenangkan pemahaman  biar saya umpamakan pada hari ini ekonomi Switzerland , Hong Kong dan Singapura bergantung pada perniagaan  jual beli satay halal yang terbesar dan tertua dalam dunia.

Tiga  negara ini memiliki jaringan satay halal di seluruh dunia. Ibu pejabat satay halal dunia berpusat di Zurich. Tanpa satay halal ekonomi Switzerland dan Singapura dan Hong Kong akan runtuh.
Tetiba masuk seorang Lanun Bugis yang  mengakui bahawa Syarikat Bugis  International  boleh membekalkan daging lembu, kambing dan rusa untuk Singapura dan Swiss. 

Syarikat Lanun Bugis ini mula membawa masuk daging-daging rusa yang dijanjikan. Perniagaan menjadi rancak, lumayan dan amat menguntungkan.

Tetiba seorang pemilik MekDi penjual  burger telah membongkar rahsia  dan menuduh daging rusa dari Switzeland dan Singapura sabenarnay ialah daging babi. Berita babi ini dilapor diakhbar New York Times.  Dunia perniagaan halal menjadi gempar.

Selidik punya selidik didapati sah  bahawa Lanun Bugis pembekal daging rusa telah menipu. Daging rusa yang dibekalkan kepada Swiss , Hong Kong dan Singapura sabenarnya ialah daging babi. 

Untuk Switzerland dan Singapura - membawa Lanun Bugis ke mahkamah pengadilan amat-amat penting. Ini bertujuan untuk mengembalikan keyakinan pembeli  bahawa satay halal Swiss dan Singapura bukan satay babi. 

Mengembalikan keyakinan bahawa Switzerland dan Singapura adalah pusat bank dan wilayah menyimpan duit yang selamat. Di Switzerland dan di Singapura tidak ada putar belit. Tidak ada rasuah - cakar makar. Semua berjalan mengikut buku. Kes daging babi dari Syarikat Lanun Bugis  International tidak akan berulang lagi.

Kenapa sekarang berita Najib dan 1MDB ini mucul di Paris, Amerika, Hong Kong, Singapura dan London?

Jawabnya - masa. Pemilihan masa yang stratejik. Detik dan saat yang stratejik. Amerika sedang mengemudikan rancangan Terajang Mappadulung ini.  

Bulan Jun  dan Julai 2017 dipilih kerana  Amerika tahu tahun ini atau tahun depan PRUI4 wajib diadakan. Maka ketika ini Amerika mencelah masuk. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada parti pembangkang agar cukup masa untuk menghuraikan dan menerangkan kes penjualan daging babi oleh Syarikat lanun Bugis International kepada bakal pengundi.

Tetiba timbul satu soalan. Kenapa tidak ada apa-apa berita  dari Zurich atau Geneva?  Media Swiss senyap menyepi.

Sabar dahulu. Ingatkan kembali. Apa terjadi pada tahun pertama apabila kes daging babi dari Syarikat Bugis ini terbarai?  

Ini ketika Peguam Negara kita masih lagi Ghani Patail. Ketika Gobenor Bank Negara kita  masih lagi Zeti Aziz. Ketika pengarah SPRM kita masih lagi  Abu Kassim. Ketika Hamid Bador masih lagi orang kedua dalam cawangan Khas (SB).
Ingat atau tidak  Micheal Lauber Peguam Negara Swiss telah datang ke Kuala Lumpur untuk mencari maklumat.

Saya ulangi - Peguam Negara Swiss - yang datang mencari maklumat tentang 1MDB di Kuala Lumpur. Bukan   Inspektor Clouseau yang datang. Peguam Negara Swiss mengangap kes 1MDB ini amat penting untuk reputasi Switzerland sebagai wilayah perbankan dunia.

Justeru - saya cukup yakin akan muncul tindakan dari Switzerland. Saya juga cukup yakin DOJ Amerika tidak akan berhenti dan rampasan harta rompakan  milik Jho Low dan Riza Aziz akan diteruskan.

Untuk Datuk Seri Mappadulung jangan lupa pepatah Bugis - kuasa datang dari tiga cara iaitu hujung lidah, hujung kemaluan dan hujung keris. 

Hujung lidah tertipunya warga Felda dengan FGV. Hujung kemaluan mangkatnya Altantuya. Yang tinggal ialah hujung keris.   Mahathir Muhamad tahu apa dia  hujung keris ini. Nak tahu hujung keris? Tunggu minggu hadapan. (tt)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45



------------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yg tengah bertapa kat gua ni tak habis lagi pertapaannya ke ?

Loh CK berkata...

'kuasa datang dari tiga cara iaitu hujung lidah, hujung kemaluan dan hujung keris.'

Saya suka ayat hikmah ini.

Nazrio berkata...

Hujung LidaH
sepatut nya hujung LidaH itu
kepunyaan isang mudin Onn
LidaH kontot,
Patut nya najiK bagi
isang mudin Onn
Tapi najiK dah bagi
Keris kepada isang
mudin Onn LidaH kontot
Keris and songkoK
Habih Keris mencium
keris Semua pemuda
Oxport pon ikut bodo