.

Rabu, 26 Julai 2017

MAHATHIR TAHU NAJIB NAK DITANGKAP







JENG JENG

SUDAH BOCOR

MADEY TAHU

NAJIB NAK

DITANGKAP

Apandi berbohong dan melindungi Najib, kata Dr Mahathir

DR Mahathir hari ini menuduh Peguam Negara Mohamed Apandi Ali berbohong kerana menyimpan laporan 1MDB yang dibuat bekas peguam negara Abdul Gani Patail.

Di dalam blognya chedet.cc hari ini, Dr Mahathir berkata Apandi harus meletakkan jawatannya kerana meletakkan laporan 1MDB itu di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Saya tahu isi kandungan laporan Bank Negara, SPRM dan Gani Patail yang dihantar kepada Apandi.

"Saya tahu apa yang dilaporkan Bank Negara kerana Gani menunjukkannya kepada Muhyiddin Yassin semasa masih menjadi timbalan perdana menteri.
Kata Dr Mahathir lagi, Apandi masih lagi memegang jawatannya itu kerana dilindungi Najib dan begitu juga sebaliknya.

"Saya tidak akan mencabar Apandi bersumpah jika saya tidak tahu kandungan laporan. Saya tahu Apandi berbohong, sebab itu dia letak laporan itu di bawah OSA. Kami tahu dan Tuhan lebih tahu. Bersumpahlah jika berani." 

Menurut Dr Mahathir, wang tidak boleh dipindahkan daripada satu pemilik kepada pemilik lain tanpa surat-menyurat. Apabila ia melibatkan wang berjumlah berbilion ringgit, tidak mungkin ia disimpan dalam bentuk tunai.

"Sudah tentu ia perlu disimpan di bank," katanya.

"Bank akan memasukkan segala butir berkenaan pemilik akaun, jumlah, mata wang, tarikh ,bahkan kedudukan kewangan dan punca kekayaan orang yang menderma, atau membayar, atau membeli.

"Tak mungkin wang tunai sebanyak itu akan digunakan. Semua transaksi menggunakan cek dan segala-galanya akan ditulis dalam cek berkenaan dan buku akaun bank," kata Dr Mahathir lagi.

Beliau berkata terdapat banyak dokumen yang diperlukan bagi mengesahkan berlakunya segala transaksi, termasuk yang dikeluar dan diterima oleh pihak bank, tetapi tidak diserahkan. Beliau turut menambah yang jejak aliran kertas itu diperlukan jika ingin siasatan dijalankan.

"Tetapi dalam kes US$681 million bersamaan RM2.6 billion yang ada dalam akaun Najib di Ambank, selain dari kononnya pengakuan oleh penderma Arab, tidak ada dokumen lain untuk bukti kesahihan pemindahan wang yang begitu banyak kepada Najib.

"Kita juga perlu diberitahu bagaimana duit ini diperolehi oleh Arab kaya ini.

"Tentulah ia memiliki jauh lebih banyak dari duit yang diberi. Cakap mulut Arab, Najib dan peguam negara tidak cukup untuk menyakini mahkamah atau orang ramai berkenaan punca AS$681 million yang masuk dalam akaun Najib. Juga bahagian yang kononnya dikeluar."

Dr Mahathir berkata Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) memberikan penjelasan menyeluruh tentang aliran dana daripada 1MDB kepada syarikat dan bank di Kepulauan Cayman, British Virgin Islands, Singapura dan akhirnya Najib. Dana itu kemudian dipindahkan, melalui beberapa bank dan syarikat, kepada Jho Low.

"Jika DoJ membohong, samanlah jabatan ini. Tetapi Apandi atau Najib tidak saman walaupun tuduhan itu kena pada batang hidung mereka."

Beliau berkata Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB, mempersoalkan mengapa jenayah semasa boleh disembunyikan apabila isu 30 tahun, merujuk kepada skandal forex Bank Negara, diperiksa semula.

Beliau berkata, kebimbangan untuk menubuhkan RCI hanya membuktikan terdapatnya perbuatan salah laku. – 26 Julai, 2017.

KAH KAH KAH

PATUTLAH 

MAHATHIR

COOL RELAX

DIA DAH BACA

DOKUMEN ITU

KAH KAH KAH

GUA DAH 

BILANG LU

TAK CAYA

MAHATHIR 

AKAN BOCOR

SEMUA 

LUBANG

KAH KAH KAH


----------------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

moment najib jatuh wajib dijadikan memento rakyat..wajib dibukukan ..wajib diulang sejarah dlm sejarah malaysia..

Tanpa Nama berkata...

madey pecah lobang..madey pecah lobang..mana ketua pemuda umno, mana para ulama2 pro umno, mana hilang geng2 eee..mana pergi semua menteri monkey..mana semua hilang..madey umur 90tahun brader..lu org kabinet najib memang tak tahu cara berpolitik..lu org cuma pandai makan dedak..lu ingat lu bole bodohkan orang2 lama..sori naik lori, naik lori babi..dimna lebai2 islam penasihat najib al haji al hadi al sotongi..mana din ayam, mana nik abdoh anak kandung anak didik arwah nik aziz..dari sungai buloh ke kajang naik mrt, lubang 1mdb pecah makan diri sendiri..diparlimen nanti jgn la lari..takutkan harapan, takutkan dap, cuba letak bik mama di penjuru parlimen..

Nazrio Dond DoLLa berkata...

Cerita ini sungguH serammmm Dan Lawak jinaka semua berjimak sebab Duit Dan buri*t yang heran mader taK bawaK 4 saksi macam aL marangi, nampaK SANGAT tuN madey 22tahun x paham islang

usop ali berkata...

Bagaimana kes..9,5 juta. Shfie abdullah....saja tanya jangan mare

Tanpa Nama berkata...

cilaka pun madey..ingatkan otai2 reformasi yg tahu najib nak ditangkap..agak2, apa otai reformasi tahu pasal 1mdb?

Tanpa Nama berkata...

Nampak sangat mahathir autar putar. Sifat mamak dia takkan luntur dari belang di hidung mahupun dari tompok di belakang dia. Kenapa sekarang baru dia nak cakap dah tengok semua dokumen tu, sedangkan dah lama dia tengok, masa muhyiddin masih dpm. Ini sebab mahathir beli masa untuk beberapa perkara, nak fikir beribu jalan cerita dan skrip sesuai yang perlu dikarang, nak sediakan beratus dokumen sokongan bukan saja apa yang cuba dijual sebagai laporan ag, polis, bank negara dan audit serta pac malah juga dokumen rekaan seperti rekod telefon, tiket perjalanan, rekod hotel, penyata akaun, rekod emel dan berbagai lagi, nak cari berpuloh pelakun dalam dan luarnegara yang perlu hafal watak dan skrip dengan lancar dan realistik, dan akhirnya sebelum mahathir membuat pengumuman ini, dia mesti sudah dapat meyakinkan beratus orang dari pihak pembangkang dan ngo serta beratus lain dari pihak bn sendiri khususnya umno supaya dia sudah mendapat sedikit sokongan untuk menguatkan tuduhan yanyangputar itu. Hakikatnya tetap satu autar mamak mahathir yang semua baru berani dikedepankan sekarang setelah semua selok belok cerita itu disiapkan sepertimana syarikat hollywood mengambil masa menyiapkan suatu wayang fiksyen, bukannya satu kebenaran yang sedia ada diperoleh beliau sejak dulu lagi. Ini mamak autar!