.

Khamis, 20 Julai 2017

KEPONGAN SAMPAI LAGI






BETUL TAK

APA GUA 

BILANG

SEKARANG

U.K PULAK

BUAT ONAR

KEPONG DAN

KACAU NAJIB




Ahli Parlimen British lancar usul 1MBD


ANGGOTA Parlimen United Kingdom (UK) melancarkan "Early Day Motion" (EDM) untuk membahaskan skandal 1Malaysia Development Bhd di Dewan Rakyat.

Menurut notis usul yang diterbitkan pada Rabu, EDM mengenai 1MDB diletakkan sebagai perkara No. 212 dan kini mempunyai satu penyokong.

EDM iaitu cadangan usul yang diserahkan tanpa sebarang tarikh ditetapkan, dibuat Ahli Parlimen Parti Buruh Welsh Ann Clwyd, yang mewakili Lembah Cynon.

"Dewan ini bimbang mengenai tuduhan penyalahgunaan bermilion dolar daripada 1MDB, sebuah firma pelaburan milik negara yang bertujuan mempromosikan pembangunan ekonomi di Malaysia, termasuk Perdana Menteri Malaysia Najib Razak," kata Clywd dalam EDM.

"EDM sedar penyiasatan berterusan di beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat dan Switzerland dan menyatakan kenyataan Timbalan Pengarah FBI Andrew McCabe, berkaitan tindakan tunggal terbesar setakat ini oleh Inisiatif Aset Kleptokrasi Jabatan Kehakiman AS, yang rakyat Malaysia ditipu dalam skala cukup besar.

"EDM ingin membangkitkan sekatan berterusan terhadap kebebasan bersuara dan persatuan di Malaysia, serta penyalahgunaan Akta Hasutan, yang disasarkan terutamanya kepada pengkritik kerajaan, termasuk ahli politik pembangkang dan ahli Parlimen, seperti Anwar Ibrahim, yang dipenjarakan berikutan prosiding undang-undang jauh daripada piawaian antarabangsa, dan Ahli Parlimen Rafizi Ramli.

"Ia juga menggesa kerajaan Malaysia untuk membenarkan pemerhati antarabangsa, termasuk dari pelbagai negara Komanwel, pada pilihan raya umum akan datang, bagi menunjukkan komitmennya terhadap pilihan raya yang bebas dan adil, terutamanya memandangkan Malaysia akan mempengerusikan mesyuarat Komanwel pada 2020."

EDM itu juga mendesak Malaysia untuk memastikan dakwaan penyalahgunaan dana daripada negara itu yang digunakan untuk membeli aset di UK disiasat dengan terperinci.

Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman untuk menyita penthouse, bangunan pejabat dan pangsapuri di Stratton Street di London pada 7 Jun.

DoJ berkata ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho atau Jho Low membiayai pembelian itu bernilai kira-kira £77 juta (RM416 juta) daripada wang yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.

Pejabat di Mayfair yang dibeli pada harga £42 juta pada 2014 ialah ibu pejabat Myla, syarikat pakaian dalam British yang dimiliki Jho Low, kata DoJ.

DoJ juga memfailkan saman pada Julai 2016 memohon untuk menyita aset bernilai kira-kira AS$1 bilion (RM4.4 bilion) termasuk hasil karya seni dan hartanah di New York dan Los Angeles – yang dibeli dengan wang didakwa dicuri daripada 1MDB.

EDM ialah usul yang dibentangkan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat Britain di mana tiada hari ditetapkan. Memandangkan tidak ada masa yang dikhususkan untuk EDM, terlalu sedikit usulnya yang dibahaskan.

Menurut laman web Parlimen UK, EDM sering digunakan untuk merekodkan pandangan individu ahli Parlimen atau bagi menarik perhatian kepada acara atau kempen tertentu dengan topik EDM sangat luas.

Dengan menarik tandatangan ahli Parlimen lain, ia boleh digunakan untuk menunjukkan tahap sokongan ahli Parlimen terhadap tujuan atau pandangan tertentu.

Dewan Rakyat UK mempunyai 650 wakil rakyat. Persidangan pertama Parlimen sejak pilihan raya diadakan pada 8 Jun dan 22 Jun. Ia dijadualkan tamat hari ini. – 20 Julai, 2017.

LANGKAH

DARI UK

INI PASTI

ARAHAN USA

CILAKA KAU

AMERIKA

CILAKA KAU

U.KINGDOM

KACAU NAJIB

PEMIMPIN

ISLAM SUCI

SATAY BABI

KAU USA

SATAY BABI

KAU LONDON

---------------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sapa kepung pon wa tak kisah, wa tak gentar, wa panglima bugis, setiakawan cina merah ada, cina masa depan gwa, gwa sudah kow tim sama cina merah, cina masa depan gwa, lu olang manyak dengki sama wa, wa baru kutip 8 tahun, wa tak cukup mau bagi makan badak, sekali badak makan habis harta gwa, kenapa lu olang tarak paham? gwa kena jaga ahli parlimen gwa, wa kena jaga ketua bahagian wa, wa kena jaga ketua ketua jabatan wa, kena bagi dedak hari hari, kalau wa tak kutip kutip wa mau bagi dedak dari mana? kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

US & UK siasat 1MDB, Peranchis kapal selam....mana bik mama nak shopping lepas ni...kah kah kah

panglimo potaseh berkata...

Negara kapir laknat sedang mengepung pemimpin syumul islam Sang Mappadulong. Ayok kita bersatu mempertahankan pemimpin syumul lagi barakah ini. Anggap lah ia bagai porang salib timur jauh. Kematian kita dalam perang ini di anggap saheeeed .. Nanti tak perlu nombor untuk entot bidadari .. ayok.

zaharuddin Ahmad berkata...

Kalau kamu rasa..kamu tu hebat. .orang lain lagi hebat...
Kalau kamu rasa kamu kuat......ada orang lain lagi kuat...
Kalau kamu rasa kamu kebal.....ada kuasa lain lagi kebal. .
Kalau kamu rasa kamu tu hebat/kuat/kebal. ..seperti setan...
hahaha . a a. nasib la.a...ramai lagi yang lebih tersetan
dari kamu......