Jumaat, 29 September 2017

KADIR JASIN HANYA BERTANYA



KADIR JASIN

BERTANYA

KAH KAH KAH

Sekadar Bertanya Kepada Yang Tahu

SEKADAR bertanya. Bertanya tidak salah. Tidak boleh dikenakan saman malu.

Jadi izinkan saya bertanya beberapa soalan. Manalah tahu ada orang yang tahu mahu jawapannya.

1.Apakah implikasi penahanan Ketua Pemuda Umno Bagan Datuk oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Bahagian merangkap Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan “pemangku” Timbalan Presiden Umno, (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi?

2. Apakah benar Presiden PAS, Tuan Guru (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang menyimpan rahsia siapa dalam Umno dan Kabinat yang Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, tidak percaya?

3. Apakah benar duit yang KONONNYA dibagi oleh Najib/Umno kepada PAS digunakan untuk berniaga (antaranya kosmatik) tetapi rugi?

4. Apakah benar Ketua Pemuda Umno merangkap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, sudah hilang peranan sebagai peneraju National Transformation (TN50)?

Khairy (kiri) "dilucutkan" peranan dalam TN50?

5. Apakah benar berlaku keretakan besar di antara KJ dengan bosnya sehingga jemputan untuk berpow-wow pun tidak diendahkan?

6. Apakah benar sebuah GLC yang diaspirasikan oleh Najib yang kini mengalami masalah perniagaan gagal menunaikan syarat hutang kepada sebuah bank GLC yang penting kepada pelaburan Bumiputera?

Banyak rakyat jelata hendak tahu kerana soalan-soalan di atas adalah renspons saya kepada soalan yang mereka tujukan kepada saya.

Wallahuaklam.



-----------

4 ulasan:

Nole berkata...

Mai sini aku jwb. Pasai aku tau benar hujung pangkal cerita. Jin habak mai kt aku, from the truth story by almasih. Jawapan:-

1)implikasi dr penahanan tersebut, najib dapat mengetepikan cabaran, saingan n dugaan dlm upacara upacara merembat harta rakyat.

2) ye betul, salah satunya dr top 5 yg x dipercayai ialah mat tyson. But pls, jgn bg tau lain. Ko je aku bg tau.

3)kosmetik adalah perniagaan no khomsatun. No wahid skali adalah dilaburkan utk r&d di Syarikat Jual Agama (M) Berhad.. byk lg cabang ilmu agama yg belum d jual.

4)yezza. Pasal kj over. Masuk radio, tv hiburan, nak jadi selebriti sgt kan, "so pi mampus sama ko kj", kata najib kepadanya.

5)"so,go to hell lah you kj", kata najib kpd kj yg coba mkn pow besar dlm lucky ball tempoh hari.

6) nope. Its wrong. Sumber risikan mendedahkan, cabang perniagaan company telah diselaras, dan di perluas pelbagai bidang. Yg terbaru sykt tersebut telah dpt pulangan berlipat kali kain setelah melabur dpt sektor jualan goreng pisang, kopok lekor, dan cempedak goreng termasuk cakoi n pau kacang. Usahasama ini dijalinkan dgn penuh jalinan kemesraan diantara lembaga pengarah sykt dan peniaga2 kecil makanan ptg2. So, no outstanding between them n bank and also "go to hell you kj", kata jin itu.

DatoPidi berkata...

Yang ni.2 tu,
Patutlah lebai selalu ke laut. Simpang rahsia rupa nye

Tanpa Nama berkata...

Mohon pencerahan.
Apakah maksud jemputan untuk berpow-pow

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah
semua tau lah cerita ini
tapi apa kau boleh buat ?
kalau pilihan di tangan rakyat
2008 dah tukar
kah kah kah
lembab kah kau
bodoh piang kah kau
memang lah semua pdrm, sprm yang ada RM belakang bawah jajahan pemerintah
cerita sesuatu baharu
asyik tanya soalan bodoh buat apa
kejar mengejar pulak sprm nie
yang terpilih saja kena kejar
yang tau kuat tu tak payah kejar lah
nanti kena hempuk
kah kah kah
malaysia ada 30 juta
10 juta warga asing
baru masuk sejak 2000
apa lagi bagi lah IC
baru sekarang melayu nak bising
dapat dedak senyap
wal hal melayu tau sapa makan duit
sapa rasuah sapa musuh
saja kacau mangsa mudah
saja kacau yang lemah
yang tak boleh lawan
kuasa pangkat darjat
semua boleh beli dgn RM
kah kah kah
RM bukan Ros Mah