Selasa, 31 Oktober 2017

DASAR TEPAT DIHATI RAKYAT









SOKONG

DASAR


TEPAT

DI HATI

RAKYAT




Pakatan janji tangkap MO1 dalam tempoh 100 hari berkuasa


PAKATAN Harapan (PH) hari ini berikrar akan membersihkan Malaysia daripada korupsi, sebahagian janji pembangkang dalam manifesto pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad berkata dalam tempoh 100 hari PH berkuasa, mereka berikrar akan:

1. Menahan Malaysia Official 1 (MO1) dan “jerung” lain.

2. Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat penyelewengan dana yang berlaku di 1MDB dan Felda.

3. Menubuhkan badan bebas untuk mengembalikan aset Tabung Haji (TH) dan wang rakyat yang dicuri dan disalah guna melalui korupsi.

4. Menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai badan bebas dan melapor terus kepada Parlimen dan;

5. Menghapuskan rundingan terus untuk kontrak kerajaan.

Dr Mahathir juga menjelaskan lima rukun untuk memerangi korupsi.

Turut hadir pada sidang media hari ini ialah pemimpin PH lain seperti Presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Pemuda Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pemimpin DAP Teresa Kok dan Liew Chin Tong.

Ikrar untuk memerangi korupsi itu bagaimanapun bukanlah perkara baru kerana PH sudah banyak kali mengatakan perkara sama dalam jelajah seluruh negaranya.

Terbaru adalah semasa perhimpunan anti kleptokrasi yang diadakan di Petaling Jaya pada 14 Oktober lalu. – 31 Oktober, 2017.


INI DASAR

YANG DINANTI

OLEH ANAK MUDA

DAH JELAK

DAH MUAK

DENGAN NAJIB

NYAHKAN NAJIB

SELAMATKAN

TANAH MELAYU


--------------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah

Aku setuju bangat dasar PH utk tangkap MO1 dlm masa 100 hari. Jgn lupa tangkap Jho Low jugak ya.

Aku akan kempen pada kaum keluarga aku, sedara mara, kawan2 utk sama2 bantu PH tangkap MO1 yg meranapkan ekonomi negara.

Ps: PH jgn lupa tukar Jalur Tembelang dan lagu kebangsaan kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Nyahkan jg hadi & the gang

Tanpa Nama berkata...

Sokong, sokong, sokong, sokong, dan sokong!