Rabu, 1 November 2017

NAJIB - CHINA DAP - CHINA MERAH







NAJIB - CHINA DAP

CHINA MERAH

Satu dunia sedar bahawa Najib sedang terkepong. Kes 1MDB sedang disiasat oleh FBI - Federal Bureau of Investigation - Polis Persekutuan Amerika. Kes duit curi 1MDB sedang berjalan. Dari kes sivil kini kes 1MDB telah menjadi kes jenayah di Amerika. Harta yang dibeli hasil duit curi 1MDB telah dibekukan sebelum disita diseluruh dunia atas arahan dan permintaan mahkamah Los Angeles. 

Kes  curi duit 1MDB ini juga sedang dalam siasatan Peguam Negara Swiss. Kes ini telah berjalan di Singapura. Dalam mahkamah Singapura beberapa sosok yang terlibat dalam kes 1MDB  ini telah didapati bersalah dan masuk penjara.  Sebuah bank yang bersubahat dalam  urusniaga duit curi 1MDB telah ditutup.
Beberapa bengolan saperti Datuk Subuh, Nik Faizal, Casey Tang dan Jasmin Loo telah menghilangkan diri. Mereka ini terlibat ketat dalam kes 1MDB.

Justeru kesah Najib dicari oleh polis Amerika bukan lagi kesah kecik anak. Kesah Si Pencuri bernama Najib ini  telah menjadi bahan sembang dan labon dari warung ke warung. 

Di Pub dan Cafe  - dari Bangsar ke  Changkat Bukit Bintang - Mat Yuppie dan Minah  Poseur terus membincangkan kesah Najib. Aji No Moto ditambah sana sini untuk menjadikan bibir Si Pencuri Najib kelihatan lebih   merah dari gincu Paris Hilton.

Malah pada hari ini ramai ahli United Malays National Organisation yang setia  pada parti pun semakin berani bertanya-tanya. Ahli Parti Ketuanan Melayu kini amat-amat  ingin tahu tentang kesah pencuri anak beranak yang kini menjadi berita dunia.

Setiap kali akhbar The Wall Street Journal atau Bloomberg News membuat berita  tentang Najib maka para Yuppie dan  Poseur akan  bertaruh bila agaknya Najib akan ditangkap.

Terdapat ahli United Malays National Organisation yang pecah regu dan belot. Kumpulan ini tanpa segan silu terus menuduh Presiden parti mereka  sebagai pencuri. Pada awalnya Pembelot ini tidak ramai. Ini  dua tahun dahulu. Tapi dari hari ke hari kumpulan Pembelot ini semakin ramai. Semakin mengampoh hingga melahirkan sebuah parti politik.

Semua ini adalah hasil dari kerja politik sosok yang bernama Tun Dr Mahathir Muhamad. Bekas Perdana Menteri ini telah menjaya menyakinkan ahli parti untuk belot.

Mahathir  menggunakan gaya, cara dan teknik bahasa yang amat senang untuk difahami. Mahathir dengan jelas dan tuntas menerangkan bahawa Najib dulu tak ada duit. Sekarang Najib kaya raya. Najib kaya kerana  mencuri. Dengan duit curi dalam saku Si  Najib berfalsafah - Cash is King - duit ialah Raja.

Najib kini dilihat jelas  oleh orang ramai sebagai sebagai pencuri. Dengan bahasa yang amat mudah - bahasa kampong - Si Mahathir ini  telah  berjaya membuktikan kepada umum bahawa Najib ini sah seorang pencuri. Amin.

Inilah stail Mahathir berkempen. Agensi iklan tersohor saperti Leo Burnett atau McCann Erickson  pun tidak akan dapat menandingi cara Mahathir berkempen. Mahathir adalah ‘ numero uno ‘ dalam hal berkomunikasi dengan orang ramai.

Sama ada Si Najib ini  keturunan Lanun Bugis atau anak kelahiran Bugis Street  bukan pekara induk. Apa yang jelas difahami oleh  30 juta penduduk Malaysia ialah  Najib ini seorang  pencuri. 

Mahathir juga menerangkan kepada umum bahawa Najib  mencuri duit kerajaan bersama dengan seorang Jantan China bernama Jho Low. Kerajaan dalam istilah saya  maknanya orang ramai. Bila Najib dan Jantan China mencuri duit kerajaan ertinya Najib dan Jho Low mencuri duit orang ramai.

Orang yang paling ramai di Malaysia ini ialah Bani Melayu. Berbanding dengan Bani China, Bani  Melayu ini masih lagi miskin. Dan mengikut hujah Mahathir Bani  Melayu bertambah miskin kerana duit mereka dicuri oleh Najib dan dirembat oleh Jho Low Jantan China. Amin.

Para pembaca pasti bertanya kenapa perlunya - Jantan China ditulis bersama nama Jho Low.  Sabenarnya memahami Jho Low sebagai Jantan China amat penting dalam kesah pencurian duit 1MDB ini. 
Menulis dan melafazkan Jantan China ada sebab musabab.  Ini satu kerja lojik lagi saintifik. Ianya memberi makna dan implikasi politik yang amat mendalam. Jantan China ini  sama maknanya jika saya menulis Malaysia sebagai Tanah Melayu. 

Harus disedari bahawa perkatan-perkatan ini semuanya dipilih dengan sengaja dan  dilakar dengan penuh kesedaran.  Ianya dilakukan  untuk menyampaikan makna yang tepat dan tuntas. Tidak sipi-sipi dan tidak berlapik-lapik.

Nama Jho Low diikat dengan Jantan China dilakukan sebagai jawapan kepada Najib. Jho Low Jantan China ditulis kerana secara tersusun, secara sedar  dan secara terancang Najib  sedang menyerang parti DAP (Democratic Action Party). Setiap kali Najib menyebut nama parti DAP maka Najib dan menambah kata sifat   - Parti China DAP. 

Dalam strateji Najib untuk mengolah persetujuan Bani Melayu parti DAP ini ialah parti politik China. Parti China wajib dilawan. Parti China DAP ini parti musuh kepada parti United Malaya National Organisation. Najib mengajak ahli parti United Malays National Organisation dan Bani Melayu bersama-sama menentang dan menghapuskan parti China DAP.

Dalam masa yang sama Parti United Malaya National Organisation ini mengajukan  garis politik dan falsafah - KETUANAN MELAYU. 

Kerana wujudnya falsafah Ketuanan Melayu ini maka saya berani mencelah bertanya. Bukankah Jho Low ini juga China? Kalau China DAP bahaya maka China Jho Low  pasti juga bahaya?  

Pertanyaan dalam bentuk ini  saya tujukan pertama kepada ahli parti Ketuanan  Melayu. Kedua saya tujukan juga kepada Bani Melayu yang fikrah mereka telah menjadi bonsai hinggakan tidak dapat mengenal China mana bahaya dan China mana tidak bahaya. 

Bani Melayu yang terpengaruh dengan lebong anti China DAP   perlu diberi pencerahan. Bani Melayu jenis ini wajib dihantukkan kepala mereka ke pintu jamban agar mereka sedar bahawa Jho Low juga ialah Jantan China.

Jho Low Jantan China juga ditulis dengan tujuan untuk memberi kesedaran kepada warga Malaysia dan Bani Melayu. Saya mahu menyedarkan mereka bahawa ada pelbagai bentuk dan jenis China yang wujud   di Malaysia. Ianya sama juga dengan pelbagai bentuk jenis India yang tinggal di Malaysia. Bani China, Bani India  dan  Bani Melayu memiliki pelbagai fahaman dan perangai. Ada yang jahat dan ada yang baik. 

Bukan kerana sosok itu China kapir maka  secara otomatik sosok ini  jahat. Dan bukan kerana sosok itu sosok  Melayu Islam maka sosok itu jadi baik.
Tapi apa yang amat jelas ialah Jho Low adalah seorang jantan China  yang amat  jahat.  China jenis ini telah  wujud  di Tanah Melayu. Dari zaman berzaman mereka wujud menghuru harakan politik dan ekonomi Tanah Melayu.

Dari zaman Tunku ke zaman Razak ke zaman Mahathir -  China jenis Jho Low ini wujud. Nama saperti Ong Yok Lin dizaman Tungku. Micheal Chen  dizaman Razak. Eric  Chia dizaman Mahathir. Semua ini adalah sosok-sosok   China yang menghimpit pemimpin Melayu   dengan ringgit dan lendir untuk tujuan jahat mereka. 

Justeru Jantan China bernama Jho Low bukan satu yang baru muncul. Apa yang berbeza ialah kini Jho Low telah berjaya bersekongkol dengan  Najib untuk mencuri duit rakyat.  Mencuri duit rakyat juga bukan satu yang baru.

Apa yang baru ialah jumlah duit yang dicuri oleh Najib dan Jho Low.  Inilah kes pencurian yang terbesar  samenjak Allah bersabda -  Kun Faya Kun - jadilah jadi.

Jumlah yang dicuri oleh Najib dan Jho Low belum pernah terjadi samenjak berlakunya  Big Bang - Ledakan Besar  yang diteorikan oleh Profesor Stephen Hawking.

Kes curi duit 1MDB adalah kes curi bertaraf global. Kes internasional. Dari Kuala lumpur ke Singapura, ke Hong Kong, ke Abu Dhabi , ke Zurich, ke London, ke Cayman Island, ke New York, ke Los Angles ke Hollywood hingga ke celah kangkang Paris Hilton. Inilah  kes pencurian yang terbesar dalam alam maya ini.  Amin.

Tapi Najib mempertahankan diri dengan menyerang Tony Pua - wakil rakyat pemimpin Parti DAP. Najib meyalahkan China DAP yang dikatakan menimbulkan fitnah dan tohmah kes 1MDB. 

Jelas dan terang stratiji Najib untuk bertahan menyelamatkan diri ialah dengan menyerang. Najib menyerang Parti China DAP.  Satu Malaysia  sedang melihat stratiji Najib ini. Secara terbuka Najib telah menuduh DAP  sebagai penyebab semua musibah yang sedang melanggar  Tanah Melayu.

China DAP diserang. China DAP dianggap musuh. Tetapi Jantan China Jho Low dipertahankan. Tidak ada laporan interpol dibuat untuk menangkap Jho Low.  PDRM tidak mengeluarkan waran tangkap. Tidak ada sedetik niat dari Najib atau dari para Menteri Najib untuk bertanya kepada Jho Low tentang kehilangan duit 1MDB.

Jantan China Jho Low  ini dipertahankan kesuciannya. Peguam Negara mengumumkan tidak ada apa-apa kes terhadap 1MDB. Nazri Aziz -  Bekas Tukang Salak Mahathir kini menjadi Tukang Salak Najib berkata bahawa Jantan China Jho Low tidak melakukan apa-apa jenayah di Malaysia.  Justeru tidak perlu dicari. Sila ambil pderhatian Nazri Aziz ini  dari Bani Melayu dan dari Parti Ketuanan Melayu. Kenapa Nazri mempertahan China Jho Low wallah hu alam bisawab.

Semua perkembangan ini amat-amat menakutkan. Tetapi ada satu lagi pekaran yang paling menakutkan. Yang paling merbahaya. Ini juga tentang China.
Kita tahu Najib yang sedang dikepong. Najib akan  melakukan apa sahaja untuk selamat. Saperti orang lemas Najib akan memaut apa sahaja untuk terus bernafas. Kayu lalu kayu dipaut - taik lalu taik dipaut. Inilah keadaan Najib sekarang.

Pada ketika ini lukah sedang terpasang. Najib yang sedang  lemas ini tidak ada jalan lain melainkan  masuk ke dalam perangkap kangkang China Merah.  China ini  bukan China DAP. Bukan. Bukan Bukan. Najib meminta bantuan  talian hayat dari China Merah. 

China Merah ini jenis China apa? Apa bezanya China Merah dengan China DAP? Tony Pua kata China Merah ini dari Tong San. Tong San ini apa? Mengapa China Merah ini  membawa mara bahaya ke Tanah Melayu? Tunggu minggu hadapan. (tt)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45











--------------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gua caya lu bro tt..jgn lupa, ada cabang2 pakatan harapan , cabang2 sosialis, cabang2 otai, para pemudi pemuda yg baca kitab2 karl marx, lenin, buku2 ekonomi sosial yg x suka front united madey..yg numero uno adalah menjatuhkan najib umno barisan national pas..najib jatuh, maka haji hadi juga akan jatuh..jgn lupa bro, china merah bukan lagi komunis..

dNAN SAhARA berkata...

...depa mana tau jo lo. Yang tau, jolok saja.