Selasa, 21 November 2017

PEGUAM NEGAR DENGAN KONGSI GELAP









BETUL KE

PEGUAM NEGARA

AMBIL DUIT

EMPAT JUTA

DARI KEPALA

KONGSI GELAP

KALAU BENAR

KITA DALAM 

BAHAYA

KALAU FITNAH

KENAPA DIA

TAK SAMAN

RAJA PETRA

YANG BOCORKAN

BERITA JAHAT INI?

Sebar berita palsu, peguam negara bakal saman Raja Petra

PEGUAM Negara  Tuan Haji Mohamed Apandi Ali berang dengan Raja Petra Kamaruddin dan berkata akan menyaman penulis itu berikutan sebuah artikel tulisan blogger itu pada Jumaat.

Apandi berkata beliau sudah berbincang bersama rakan-rakan peguamnya di United Kingdom (UK) mengenai langkah seterusnya yang akan diambil untuk menyaman Raja Petra seperti yang dilaporkan dalam sebuah artikel terbitan portal berita The Star Online.

"Saya akan saman dan sedang berbincang dengan rakan-rakan peguam saya di UK. Ini tidak lain hanyalah berita palsu yang dibuat dengan niat jahat," katanya kepada portal berita tersebut.

Apandi menyangkal kandungan artikel bertajuk "Strong Rumours Surrounding the AG: Part 1" di ruangan The Corridors of Power di blog Malaysia-Today dan menafikan dakwaan dalam artikel tersebut termasuk dakwaan rasuah.

Beliau juga menafikan khabar angin bagaimana diberi jawatan peguam negara.

Menurut The Star Online, Raja Petra turut menulis mengenai pertemuan yang didakwa diadakan pada 2015 antara hakim-hakim kanan - iaitu bekas ketua hakim Arifin Zakaria, Ketua Hakim Negara Md Raus Shariff dan Presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinudin - bersama seorang ahli politik kanan mengenai satu plot didakwa untuk menjatuhkan kerajaan.




BILA

NAK

SAMAN



------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku kote keras, eh maap, kutuk keras penulisan kau ni bro hisham, sebab kau yang pung pang pung pang menghasut orang melawan kezaliman, tapi nampaknya kau cuma seorang lagi dari timbunan hipokrit atas bumi ini. Kau sewenangnya menghadiahkan jawatan kehormat tuan aji pada ag tapi kau mengabaikan jawatan kehormat serupa dan tidak meletakkan label tuan aji untuk raja putar. Pilih kasih! Adakah ini sebenarnya teknik kipas untuk kau memadu kasih tuan aji ag???

DatoPidi berkata...

Lu tak reti nak tunggu hari Selasa ke?
Tuesday reti?
Hari selasa dia akan samang