Jumaat, 3 November 2017

SEMUA WAJIB SOKONG






SOKONG

SEMUA

SOKONG

POLIS


Polis KL tekad banteras judi haram dalam masa 30 hari
KUALA LUMPUR - Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu  Mazlan Lazim bertekad mahu membersihkan segala bentuk kegiatan perjudian haram di ibu negara ini dalam tempoh 30 hari bermula semalam.

Mazlan berkata, tempoh berkenaan diberi kepada setiap ketua polis daerah supaya mereka serius dan benar-benar fokus dalam menangani kegiatan perjudian di kawasan masing-masing.

“Bagi memastikan usaha ini berjaya, Polis KL telah menubuhkan pasukan khas yang akan diatur gerak bagi mengesan mereka yang terlibat dengan kegiatan  perjudian haram ini.

“Pasukan ini dibekalkan dengan peralatan khas bagi mengesan mereka yang aktif dalam sindiket perjudian dalam  talian terutama di lima kawasan iaitu Sentul, Cheras, Dang Wangi, Wangsa Maju serta Brickfields… saya yakin dengan peralatan khas ini  mereka yang terlibat  tidak akan dapat lari kerana setiap pergerakan mereka diawasi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis  serah terima tugas Ketua Jabatan  Siasatan dan Penguatkuasa Trafik yang baharu Asisten Komisioner Zulkefly Yahya di sini, hari ini.

Zulkefly menggantikan Senior Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain yang kini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Skuad Taktikal Khas 3, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Usaha itu kata  Mazlan juga sejajar dengan arahan Ketua Polis Negara, Tuan Haji Mohamad Fuzi Harun yang mahu memerangi judi dan jenayah bersindiket apabila memberi amaran untuk tidak teragak-agak menukarkan anggota polis termasuk ketua polis negeri yang cuba melindungi kegiatan judi.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, bagi tempoh 18 Oktober hingga semalam, pihaknya telah melakukan 16 serbuan menerusi Ops Dadu yang menyaksikan 56 orang terdiri daripada penjaga premis judi, pembantu kedai, pemain dan penonton ditahan.

“Kita juga merampas beberapa peralatan elektronik yang digunakan sindiket antaranya ialah 44 set tablet, 32 set telefon dan empat komputer riba bersama wang tunai berjumlah RM8,178,” katanya. - Bernama

TAPI JANGAN

HANGAT2 TAIK

BADAK 

BESAR TAPI

CEPAT SEJUK

NANTI  MACAM

SELALU TUKAR


PEGAWAI 

YANG

BARU MASUK

TUNJUK TARING

UNTUK BERI TAHU

MAT LENDIR

BOSS DAH TUKAR

KAH KAH KAH

KENA BUAT

LINE BARU

KAH KAH KAH





--------------------

6 ulasan:

Awanama berkata...

Ermmm menarik! Banteras JUDI HARAM? Ada judi halal ke? Ajaran kitab mana yg ada halalkan judi? Mohon pencerahan, JAKIM ada keluarkan sijil halal utk judi ke? Cuntfuse laa, adakah masa serbuan nanti polis akan semak sijil halal jakim di premis judi? Adakah selepas operasi 30 hari tu, premis judi dibenarkan beroperasi semula? Tolong la jawap.

Awanama berkata...

Pemuda Pas akan sokong, Pemuda Pas konsisten dalam isu memerangi judi, pemuda pas juga akan..err.......pergi jerman mengkaji teknik org jerman errr...

Awanama berkata...

cukup bar-jet kah?
ke
tak cukup donation?
(donation masoooooooooooook)

ke
olok segala olok?

Awanama berkata...

jangan intip sampai lubang salah, okey?

noname berkata...

dh xde ke dlm undang'2 negare hukuman keatas pegawai yg melindungi judi haram tu slain tukar kwsn btugas .. nape xdakwe? kite nk dgr bile time bt serbuan/operasi yg dicekup adelah ayah boss bkn hanye skdr balaci jer ..

Awanama berkata...

sokong polis sokong polis..sebelum nak buat serbuan besar-besaran, sila serbu saboon spa..jgn hanya serbu satu tingkat je, tapi serbulah sebuah bangunananya..errr..berapa tahun lagi nak pencen polis??