Rabu, 6 Disember 2017

MAKIN RAMAI BANGUN MELAWAN








INI  BETUL

SATU PERUBAHAN

SEMUA BERANI

BANGUN MELAWAN

Siapa lupa jasa Tun M, dia kacang lupakan kulit: Fathia


MESKIPUN dihentam sana sini, artis sensasi masa kini, Fathia Latif, nampaknya tidak serik daripada terus bersuara membela bekas Perdana Menteri,  Dr Mahathir Mohamad.

Fathia menerusi perkongsian terbaru di IG dengan menyifatkan mana-mana pihak yang melupakan jasa Mahathir bagai kacang lupakan kulit.

"Bila kita di atas, orang sanjung kita mcm nak rak, tapi bila kita sudah tua atau jatuh, orang kata kita ni dah tak relevan, macam-macam mereka cakap, kata kita ni nyanyuk, gila, tak dak akai (akal), itulah dinamakan kacang lupakan kulit.

"Habis! Habis semua jasa dia (Mahathir) orang tak nampak, apa usaha beliau selama ni macam kena lempar tepi jalan," katanya menerusi perkongsiannya itu.

Menurut Fathia, atau nama sebenarnya Nur Fathia Latif, Mahathir yang dahulunya merupakan pemimpin negara harus disanjung dek kerana jasanya yang menggunung terhadap masyarakat.

"Sanggup keluarkan beliau dari sejarah negara dan kata macam-macam seolah-olah beliau takdak perasaan.

"Seharusnya kita kena ingat dan bersyukur, orang yang hebat ini, pada satu ketika dulu, pernah berjaya menjulang darjat negara kita setinggi-tingginya dan tak perlulah kita pertikaikan lagi (jasa Mahathir).

Sebelum ini, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Tuan Haji Rizal Mansor memuat naik status menerusi laman Facebooknya dengan menasihatkan insan seni agar tidak menjadi alat kepada parti pembangkang.

Beliau dilaporkan membuat teguran secara terbuka kepada segelintir artis yang dilihat begitu asyik menghentam kerajaan tanpa mengetahui perkara sebenar.

Fathia dalam masa sama meminta semua pihak untuk melihat bakti yang ditaburkan Mahathir dengan menggunakan 'mata hati' dan bukannya hanya menilai dengan pandangan biasa.

"Cuba kenang, ingat dan bersyukur banyak banyak kerana masih ada manusia yang sanggup pertahankan kita dan masih mampu bertahan, bukan untuk kepentingan diri sahaja, tetapi untuk kita semua," katanya lagi.


LAWAN LAWAN

TERUS LAWAN

MAKIN RAMAI

MAKIN CUN



-------------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rizal Mansor Setiausaha Rosmah Mansor pon dah goyang. Makin ramai lapisan rakyat bersuara, makin susah nak cover Rosmah Mansor. Ini baru goyang - goncang nak bagi tumbang. Teruskan bersuara sampai Rizal Mansor bengang. Kahkahkah!

shikamarul berkata...

X tau kisah sebenar?jd cuba la bgtau Kita cerita yg sebenar..smlm tgk dira Abu zahar syok hentam fathia dlm PAU.dia kat kalu setakat keluar phone & post kat FB xpyh la,kena turun pdg tgk rakyat Malaysia cmna. Fathia pun bkn xdak pelajaran,rsnya student law dulu