Rabu, 17 Januari 2018

BEBAN YANG BERAT









BEBAN

dua puluh tahun gua berkelana
merayau bersaorangan
dari kota ke kotaa
dari penjara ke penjara
beban yang paling berat
gua bawa
ialah dompet kosong

lalu gua sedar
dalam perjalanan hidup ini
gua tak perlu beban yang berat 

untuk gua
beban yang amat berat
yang melambatkan perjalanan
yang memasam senyum  indah
yang mengkeroh air jernih
yang memutus silatul rahim
ialah 
dendam yang tak sudah sudah
amin



---------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dendam yg tidak sudah2x...
Kadang Kita susah juga memekirkan umat yg sembahyang tonggang tonggek berzikir Dan berzakar panjang, yang ke mekah, umrah bagai.
Kita boleh sahaja maafkan orang, berlapang dada, tapi itulah indahnya ciptaan tuhan.
Jika semuanya mulia, makanya tiadalah puak2x berfikiran Kiri, puak2x yang menentang.
Bertambah lah.
Moga tuhan memberkati Dan merahmati kerja baik yg Kita lakukan.

Nota-
Pada lebai2x p@$$$$$ pegi mampos.