Rabu, 3 Januari 2018

SINGAPURA ANGLO-AMERIKAN-ZIONIS





SINGAPURA
ANGL0-AMERIKAN-ZIONIS

Untuk memahami peranan Singapura dan Gerakan Zionis Antarabangsa kita wajib melihat kembali sejarah tanah air kita. Dengan keilmuan dan maklumat yang meledak saya yakin kita akan melihat persamaan dua ‘settler state’ - Singapura dan Israel.

Minggu lalu saya menyatakan bahawa peranan Israel ialah menghuru harakan Bumi Arab. Manakala peranan Singapura ialah menghuru harakan dan membuat onar di Bumi Melayu.

Isreal  pada satu ketika dahulu ialah pengkalan tentera Inggeris kini menjadi pengkalan tentera   Amerika terbesar di Asia Tengah. Singapura pada satu ketika dahulu ialah pengkalan tentera  kolonial Inggeris. Seletar, Tengah dan Changi adalah nama lapangan terbang Inggeris dan Australia. Kini telah menjadi pengakalan tentera Amerika. Kini Singapura menjadi tempat kapal tentera laut dan tentera udara Amerika berehat dan diperbaiki.

Singapura menjadi wilayah yang amat penting samenjak Obama mengubah dasar pertahanan Amerika dengan stratiji Mempasak Asia - Pivot Asia - diumumkan  pada  tahun 2013. Lebih dari satengah bala tentera Amerika diseluruh dunia kini dipindahkan ke Asia termasuk ke Pilipina.

Dunia hari ini secara berlapik mengakui bahawa Israel ialah ‘settler state’ wilayah penempatan baru untuk kaum pendatang. Singapura juga ialah wilayah penempatan baru yang dibina oleh kaum pendatang.

Isreal untuk Yahudi yang dibawa masuk dari Eropah sesudah Perang Dunia Kedua. Kemasukkan Yahudi ke Bumi Arab ialah dengan bantuan kuasa Inggeris. Di Tanah Melayu kuasa Inggeris telah membawa masuk China dan India.

Israel diwujudkan pada tahun 1948. Singapura diwujudkan pada tahun 1965. Ini dua negara ‘settler state’ - dua negara yang artifisial.  Ini fakta sejarah.

Singapura diwujudkan melalui projek kolonial Inggeris  yang dipanggil  Malaysia pada tahun 1963. Dengan putar belit dan  janji bermadu warga  Kalimatan Utara telah menerima untuk bersama menubuhkan  apa yang dipanggil Pesekutuan Malaysia. 

Saya menulis Kalimantan Utara kerana inilah nama wilayah  Sabah, Sarawak dan Berunai. Betul. Istilah  ini disailang  apabila projek Inggeris berjaya ditelor, dieram dan  menetaskan apa yang dipanggil Malaysia.

Malaysia didirikan untuk mematikan semangat nasionalisma Melayu kiri yang melaungkan  slogan Melayu Raya. Malah dalam tahun sebelum dan sesudah  projek Malaysia menetas kedengaran kuat Konsep  Maphilindo - Malaya, Philipina dan Indonesia. Ini juga fakta sejarah. 

Para pembaca diminta jangan malas membaca untuk mengetahui fakta ini. Semua fakta ini boleh kita temui dengan bantuan Lebai Google. 

Jangan lupa fakta sejarah bagaimana projek Malaysia ini ditentang. PMIP - Pan Muslim Islamic Party - nama asal Parti Islam Pas telah bangun  bersama Parti Buruh dan Parti Rakyat di Tanah Melayu untuk  menentang projek kolonial ini. Di Singapura Parti Rakyat dan Barisan Sosialis telah juga menentang projek ini.

Penentangan timbul kerana apa perlu Singapura masuk Malaysia wal hal Singapura adalah sebahagian dari Tanah Melayu. Manakala warga Kalimantan Utara - Sabah, Sarawak dan Berunai - memiliki garis perjuangan kemerdekaan mereka sendiri. Pada ketika ini PARAKU - Pasukan Rakyat Kalimantan Utara  sedang mengangkat senjata menentang Inggeris.

Garis nasionalis kiri di Tanah Melayu dan di Singapura cukup ampoh dan hampir berjaya mematahkan projek Inggeris ini. Bung Karno datang membantu  dari  tanah seberang.

Inggeris dengan licik telah mengarahkan agen dan talibarut mereka di Kuala Lumpur dan di Singapura. Akta Keselamatan Dalam Negeri telah digunakan. 

Operation Cold Storage pada  2 Febuari 1962 telah menangkap puluhan kaum nasionalis kiri di Singapura dibawah ISA. Pada tahun 1963 Ahmad Boestamam  dan beberapa pemimpin Parti Rakyat pula ditangkap. Pada Januari 1965 Dr. Buhanuddin dari Parti Islam pula ditangkap. Semua penentang projek kolonial Inggeris telah diISAkan.

Dari fakta sejarah kita melihat bahawa musuh besar kuasa kolonial Inggeris sebelum 1957 dan sesudah 1957 ialah Bung Karno. Sosok ini membawa garis nasionalis kiri dari Sabang hingga Marauke. 

Presiden Sukarno ini amat-amat merbahaya kepada kuasa kolonial Inggeris dan kaum pemodal antarabangsa. Ini kerana Bung Karno menyokong teguh - malah menyokong perjuangan bersenjata rakyat Malaya dan Kalimantan Utara untuk mengahalau  penjajah Inggeris.

Sejarah merakamkan bagaimana Bung Karno - bersama Tito dari Yukoslavia, Chao En Lai dari Tiongkok, Presiden Naseer dari Mesir, Castro dari Cuba, Nehru dari India telah mengadakan Persidangan Bandung 1955. Deklarasi Bandung adalah rujukan untuk permulaan gerakan negara berkecuali dengan garis nasionalis dan anti imperialis.

Kita juga melihat fakta sejarah bagaimana ketika menjalankan penjajahan kuasa kolonial Inggeris telah  memecah belah Bumi Arab. Taktik yang sama telah dijalankan di  Bumi Melayu. 

Jika disetiap wadi di Bumi Arab  diwujudkan sebuah negara dan dinobatkan seorang Sheikh untuk menjadi  talibarut Inggeris a.k.a  Emir. Pekara yang sama berlaku di Tanah Melayu. Hampir disetiap dusun durian dinobatkan seorang Raja untuk menjadi ajen Inggeris. Hinggakan Tanah Melayu penuh dengan Durian.  Ini taktik Inggeris. Ini taktik kolonial - taktik pecah dan perentah.

Sila ambil perhatian - saya menggunakan istilah Inggeris. Saya tidak menggunakan British. Kalau saya menggunakan istilah British ini  termasuk warga Wales, Scotland dan Ireland. Walhal bangsa Wales, Irish dan Scottish saperti Bani Melayu sama dijajah oleh Inggeris. Malah - hingga  ke hari ini gerakan ‘ mahu merdeka’ di wilayah ini masih membara dan pasti akan meledak. 

Dari fakta sejarah juga wajib saya terangkan disini bahawa bukan semua Yahudi itu penganut Zionisma. Juga bukan semua Zionisma itu Yahudi. Zionisma ini ialah gerakan politik yang disokong kuat oleh kaum pemodal antarabangsa. Ini kerana kepentingan kapitalis internasional   dapat berkembaanag melalui gerakan Zionis.

Zionisma ini juga bukan hanya sosok Yahudi. Ada Zionis Melayu, ada Zionis China dan ada Zionis India. Sesiapa sahaja yang menyokong Isreal tidak dapat tidak kiblatnya ialah Zionisma. 

Perlu saya nyatakan fakta sejarah disini. Sesudah tahun 1957 - setiap bulan Ogos Tanah Melayu akan mengadakan perlawanan bola Piala Merdeka . Setiap tahun bila Piala Merdeka dijalankan ada tim bola dari Isreal ada sama  bermain di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.

Malah pada tahun 1969 - saya belajar di Kolej Melayu Kuala Kangar. Pada satu ketika telah menjadi kecoh kerana limau yang diberi kepada kami di dewan makan adalah limau Jaffa. Ini adalah limau dari ladang limau Palestin yang telah dirampas oleh Israel.

Ini kuasa Israel dan jarum licik Zionis yang dapat mempengaruhi negara-negara baru merdeka pada ketika itu.

Pada ketika itu Zionis tempatan berani muncul secara terbuka. Membawa tim bola Israel datang ke Kuala Lumpur. Mengimpot barang-barang dari Israel.  Bukan saperti hari ini mereka meresap dalam syarikat multi nasional untuk mengumpul dana untuk membina dan mempertahankan Israel.

Sekali lagi saya nyatakan bahawa tujuan Zionis ialah untuk menjajah dan menaklok Bumi Arab.  Justeru perjuangan Palestin ialah perjuangan anti kolonial, anti penjajah dan anti Zionis. Rakyat Palestin bangun mengangkat senjata untuk mengambil Bumi Palestin yang telah diduduki oleh kaum Zioinis.

Bagaimana Isreal dapat terus berkuasa walhal warga Arab lebih ramai. Kendati pun wilayah  Arab lebih luas. 

Bagaimana Singapura  boleh bertahan wal hal Bani Melayu lebih ramai. Bumi Melayu lebih luas. Betapa artifisialnya negara yang dipanggil    Singapura hinggakan air minum pun wajib didatangi dari Johor. Sah terbukti bahawa  Singapura ini ialah settler state yang  pura pura menjadi saekor singa.

Jawabnya Isreal dan Singapura ialah pengkalan tentera Amerika. Runtuh Amerika maka runtuhlah pegekalan tentera ini.

Mungkin ada yang tidak yakin apabila saya menyamakan Isreal dengan Singapura. Tetapi buktinya cukup jelas. Tidak perlu bersuluh lagi.
Tiga tahun dahulu kita heboh mendengar berita sebuah syarikat IT telah diberi projek untuk menambah baik sistem komputer Polis DiRaja Malaysia. Tup tup diketahui bahawa syarikat ini sebenarnya syarikat Zionis yang menyamar dan mendaftar di Singapura. 

Bayangkan sistem komputer Polis kita semuanya ada dalam ‘tangan’ Zionis Isreal. Disini kita melihat bagaimana Singapura menjadi ladang dimana benih-benih Zionis ditanam untuk disebarkan agar dapat membuat onar  ke Bumi Melayu.

Jangan lupa tiga tahun lalu bagaimana portal dan laman web heboh dengan berita  dan gambar  minyak sawit kita dihantar ke Israel.  Ini adalah kerja jahat syarikat Zionis yang berpengkalan di Singapura. Jual beli dengan Isreal adalah melanggar sekatan ekonomi yang dipersetujui oleh OIC - Persidangan Negara Islam. 

Malah Malaysia TIDAk ada hubungan diplomatik atau perniagaan dengan Isreal. Paspot Malaysia tidak membenarkan pemegangnya untuk masuk ke Israel. Khalas.
Jangan kita menjadi bebal untuk tidak faham bagaimana barangan dari Israel yang masuk ke Singapura. Barangan impot  ini diberi jenama baru untuk dapat merentas masuk ke pasaran Tanah Melayu dan Indonesia. 
Ini contoh  peranan Singapura membuat onar di Bumi Melayu.

Sebelum saya akhiri siri pencerahan  tentang Palestin ini ada satu lagi pekara yang wajib kita semua ketahui. Ini adalah fakta petalian sejarah setiakawan perjuangan rakyat Palestin dengan perjuangan rakyat Tanah Melayu.

Isreal diwujudkan oleh Inggeris. Tanah Melayu/Malaysia adalah projek Inggeris. Rakyat Palestin bangun angkat  senjata dengan Fedayeen. Rakyat Tanah Melayu bangun angkat senjata melawan Inggeris  dengan   Front Pembebasan Rakyat Malaya.

Inggeris  menghantar pegawai tentera ke Palestin untuk menundukkan gerakan Fedayeen. Inggeris  menghantar soldadu ke Tanah Melayu untuk mematahkan gerakan bersenjata Rakyat Malaya.

Kolonial Inggeris menghantar  Sir Henry Gurney ke Palestin sebagai pegawai pentadbir untuk mematahkan gerakan nasionalis rakyat Palestin.

Kuasa kolonial Inggeris  mengahantar Sir Henry Gurney ke Tanah Melayu dengan tujuan  mematahkan gerakan pembebasan rakyat Malaya.

Pada 6 Oktober 1951 musuh bersama rakyat Palestin dan rakyat Tanah  Melayu yang bernama  Sir Henry Gurney telah ditembak mati oleh Gerila Pembebasan Rakyat Malaya di Bukit Frazer.

Ini bukti hubungan perjuangan rakyat Palestin dengan rakyat Tanah Melayu adalah hubugan setikawan yang diikat dengan darah perjuangan.  Ini fakta sejarah. Justeru inilah pertalian perjuangan  menentang kuasa Anglo-Amerikan-Zionis yang masih berjalan.(TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45






---------------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Antara kejayaan henry gurney....dpt nama sekolah utk budak bermasalah ....kah kah kah...cuba tukar nama ke sekolah najib razak

DIDI KOTA BELUD berkata...

SOEKARNO....berikan aku 10 anak muda..akan ku gegarkan dunia.....

PRESIDEN BABI NAGARA KITA........berikan aku 1..perempuan pendek...2...cewek hitam...anak raja dan penyedap my bist priend...akan ku suruh budak cina curi duit korang SEDUNIA...kakakkaka...pukimak punya BABI.....akakkakakaka

Tanpa Nama berkata...

Passport Pak TT pulak tidak membenarkan pemiliknya melangkah ke mana2 negara di dunia, waema Spore. Khalas. Kalu teringin jugak, pegi Golok jer lah kihkih