Isnin, 12 Februari 2018

AWAS - AWAS - KAKI TIPU






AWAS WASPADA

SENARAI 

KAKI TIPU

SELAIN  NAJIB

ADA LAGI

ORANG JAHAT


Skim tipu: 1.7 juta mangsa diperdaya, 
rugi RM4.4 bilion

KUALA LUMPUR 6 Okt. – Kira-kira 1.7 juta mangsa penipuan 27 jenis skim pelaburan melibatkan kerugian bernilai RM4.4 bilion dicatatkan di negara ini sepanjang tempoh Julai 2013 hingga September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Tuan Haji Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dalam tempoh ber­kenaan, pihaknya me­ne­rima lebih 2,500 laporan mang­sa bagi kes.

“Kami beberapa kali mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan skim begini kerana tiada satu pelaburan yang dapat memberikan pulangan tinggi dalam masa singkat,” ujarnya.

Dalam kes terbaharu, Acryl berkata, pihaknya menahan dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia di antara 30 hingga 36 tahun kerana dipercayai terlibat dengan skim penipuan pelaburan ‘Krubal’ di dua lokasi berasingan di ibu negara dan Pulau Pinang semalam.

“Kita menerima 105 laporan berhubung kes berkenaan dan seramai 2,000 orang menjadi mangsa dengan kerugian berjumlah RM788,901.

“Suspek menawarkan pe­laburan barangan kosmetik melalui aplikasi Whatsapp dan laman sosial Facebook dengan mengambil deposit daripada mangsa untuk dilaburkan dalam sebuah syarikat tempatan.

“Pakej pelaburan yang ditawarkan oleh suspek adalah antara RM350 hingga RM55,000 dan pulangan tinggi dijanjikan kepada pelabur sehingga melebihi 100 peratus selepas tiga bulan, selain hadiah emas dengan berat tertentu,” jelasnya.

Senarai skim penipuan pelaburan yang dikenal pasti.

1. Crude Palm Oil

2. Highway Group Resources

3. Mekah Islamic Hotel

4. Federal Reserve Chicago Bond

5. RJB Empire Group

6. Venus Fx

7. AAM Academy

8. Celoreng Mindef

9. Kongsi Makan

10. Bit Coin - Bit Kingdom

11. JJPTR

12. Bit Coin - Al Mubin Agarwood

13. Exorbitence Influence Sdn. Bhd. (Krubal)

14. Richway

15. Pelaburan Emas Royal Gold

16. Dato Dave (Syarikat Aero Asia Holding)

17. Monspace

18. MFace / MBI

19. Pelaburan Emas - Tok Belagak

20. Pelaburan Emas - Pegasus Bullion

21. Saham - Century Dinasty

22. Pelaburan Forex - MGCFX

23. Pelaburan Sunner Group

24. Pelaburan GM Friday

25. Focus Capital Growth

26. Skim Perumahan DBI/Juta Kelulut

27. Global Tijari



SPR

PATUT

DALAM

SENARAI


-------------------------

3 ulasan:

Usop ali berkata...

Hahahaha...penipu tolong penyamun...
Gwa tak pelik pun...bro..

Tanpa Nama berkata...

the FRAUDtrepreneur strikes again?

PADAN MUKA!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

dulu belajar jadi pandai,

sikalang belajar jadi BODO!

HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR