Isnin, 26 Mac 2018

KE JALAN RAYA - HIMPUNAN TANGKAP PENCURI




HIMPUNAN

TANGKAP

PENCURI
Kenyataan Media 
Anak Muda Cari Jho Low 
(AMCJL)

Isnin, 26 Mac 2018

Kami, Anak Muda Cari Jho Low (AMCJL) merupakan sebuah gerakan yang terdiri dari pelbagai kumpulan anak muda, NGO dan parti-parti politik dari seluruh Malaysia.

AMCJL digerakkan kerana berhasrat untuk membantu pihak berkuasa di seluruh dunia menjejak dan menangkap lelaki yang paling dikehendaki susulan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), iaitu ahli perniagaan Jho Taek Low atau Jho Low.

Untuk makluman pihak media, AMCJL telah menganjurkan sembilan program jelajah forum dan penerangan di Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Pahang.

Sepanjang program jelajah forum dan penerangan oleh AMCJL, kami mendapat sambutan yang hangat dari segenap lapisan masyarakat.

Lanjutan dari siri jelajah yang telah kami adakan, AMCJL pada hari yang bersejarah ini, ingin mengumumkan kemuncak program kami, iaitu : 'HIMPUNAN TANGKAP PENCURI' yang akan diadakan pada hari Sabtu, 14 April 2018. Berhimpun pada jam 2.00 petang di Sogo, Kuala Lumpur dan berarak ke Dataran Merdeka. 

'HIMPUNAN TANGKAP PENCURI' ini adalah tanda bahawa, anak muda dan seluruh rakyat, sayangkan Malaysia dan mahu menyelamatkan negara kita, yang kini berdepan dengan masalah hutang yang parah, rentetan dari skandal (1MDB).

Justeru itu, kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, NGO-NGO, semua perkumpulan dan individu yang bersimpati dan menyokong perjuangan kami, untuk turut hadir bersama-sama dalam 'HIMPUNAN TANGKAP PENCURI' ini.

Sekian, terima kasih



---------------

Tiada ulasan: