Khamis, 8 Mac 2018

SHAHRIZAAT LEMBU





Kenyataan Media 
MP Bayan Baru Sim Tze Tzin (PKR) 
 8 Mac 2018.

Selepas Naib Presiden KEADILAN YB Rafizi Ramli dikenakan hukuman penjara 30 bulan, isu National Feedlot Corporation kembali menimbulkan pelbagai soalan.

Faktanya adalah YB Rafizi dan pendedah maklumat Johari Mohamad yang mendedahkan skandal NFC ini dikenakan dengan penjara 30 bulan. Manakala dakwaan CBT (Criminal Breach of Trust) terhadap Mohamad Salleh Ismail, suami kepada ketua Wanita UMNO, telah ditarik balik oleh Pejabat Peguam Negara. Ini bermakna Mohamad Salleh adalah bebas daripada sebarang kesalahan.

Maka, timbulnya banyak persoalan daripada rakyat apakah kos kepada rakyat kerana skandal ini. Bagaimanakan status soft loan yang dipinjamkan kepada NFC dan berapakah yang telah dibayar balik. Maka, saya telah menanya soalan ini kepada dewan. Dan jawapan daripada parlimen amat mengejutkan.

Sehingga 31 Januari 2018, baki pinjaman belum selesai NFC adalah berjumlah RM248,193,737.81 (rujuk lampiran). NFC hanya buat dua bayaran balik sebanyak RM34.98 juta pada 2012 dan 2013. Selepas itu selama 5 tahun telah berlalu, tiada sebarang bayaran balik kepada kerajaan. Kerajaan harus jawab kenapa tiada tindakan lanjut.

Ini bermaksud rakyat telah rugi sebanyak RM248,193,737 dan akan terus meningkat lagi kerana bunga ke atas pinjaman akan terus naik. Tetapi tiada sesiapa akan bertanggungjawab untuk memulangkan duit tersebut. Mohamad Salleh telah dilepaskan oleh Pejabat Peguam Negara, maka tiada kesalahan yang dilakukan.

Wang RM248 juta adalah satu jumlah yang sangat besar. Ia boleh membantu 70,000 ibu tunggal dengan wang kebajikan RM300 selama 12 bulan. Ia juga boleh membina 5,900 buah rumah kos rendah untuk golongan berpendapatan rendah.

Yang dipenjarakan adalah pendedah maklumat. Duit Rakyat hilang. Mohamad Salleh dibebaskan daripada sebarang dakwaan.

Saya menyeru Menteri Kewangan menjawab bagaimanakah mereka dapat mengembalikan jumlah duit rakyat yang telah dipinjamkan tersebut. Saya ingin tanya Menteri Undang-undang mengapakah Peguam Negara menarik balik dakwaan terhadap Mohamad Salleh? Adakah skandal NFC ini ditutup begitu sahaja?

Baru-baru ini ramai MP Barisan Nasional berkata skandal 1MDB tidak menjejaskan kewangan negara. Rakyat tidak akan menanggung kerugian. Ini satu pembohongan. Skandal NFC ini adalah satu contoh jelas bagaimana rakyat akan tanggung hutang 1MDB dan rugi akhirnya.

Baru-baru ini, isteri kepada En Mohamad Salleh, iaitu Shahrizat Abdul Jalil melahirkan keinginan beliau untuk bertanding semula sebagai ahli Parlimen. Kemungkinan besar akan bertanding di Parlimen Sungai Besar. Saya cukup kagum dengan komitment beliau terhadap parti beliau. Tetapi saya ingin nasihatkan beliau, adalah lebih baik beliau menumpukan perhatian membantu suaminya memulangkan segala hutang duit rakyat RM248 juta duit rakyat. Ini adalah sumbangan kepada rakyat yang lagi bermakna daripada bertanding jadi wakil rakyat.

Sim Tze Tzin
MP Bayan Baru



---------------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

speeker bersama geng dedak ejek wakil rakyat pembangkang kami. mrk buli wakil rakyat pembangkang kami. mrk nafi wakil rakyat kami bercakap membawa isu isu serius mengancam negara dan rakyat.

makna speeker bersama gerombolan penyamun..bersama buli tampar muka kami...TOLAK DACING..NYAHKAN DACING di PRU nanti...

Tanpa Nama berkata...

Tp ramai melayu bangang tak tahu apa2 tetap akan undi minah lembu ni jk dia bertanding atas tiket umno/bn. Penyamun kleptokrat pun tetap jd idola mrk