Isnin, 9 April 2018

RAFIDAH PECAH RAHSIA






TAHNIAH

SATU LAGI

TANDA NAJIB

AKAN LINGKUP

RAFIDAH BUKA

RAHSIA NAJIB

INI TERBAIK



Rafidah dakwa Najib swastakan tanah tentera


Bekas menteri kabinet,  Rafidah Aziz dalam surat terbuka beliau malam ini mendakwa Najib selaku menteri pertahanan mengesyorkan penswastaan lebih 40,000 hektar tanah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara kepada sebuah syarikat milik tiga individu.

Rafidah berkata cadangan itu dibuat kepada kerajaan pada 2008 dan telahpun diluluskan serta dilaksanakan.

"Saya agak ragu dan telah bertanya kepada Najib, dalam mesyuarat tersebut mengapa diswastakan kepada syarikat yang tidak langsung diketahui rekodnya.

"Mengapa tidak diswastakan kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang boleh bergabung dengan syarikat-syarikat besar, yang ada rekod prestasi yang terbukti.

"Jawapan Najib kepada saya, dan disambut oleh PM Abdullah ialah, kita akan bawa masuk LTAT kemudian. Tiada seorang pun menteri lain menyoal Najib," kata beliau.


Pada ketika itu, perdana menteri ialah  Abdullah Ahmad Badawi dan Rafidah menjawat portfolio menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Rafidah berkata penswastaan tanah tersebut berdasarkan pajakan tanah selama 40 tahun dan diberikan tanpa tender terbuka.

Beliau mendakwa apabila harga tanah itu dibuat penilaian semula, syarikat terbabit mendapat untung berkali ganda.

Rafidah juga meminta Najib mendedahkan nama syarikat itu dan tiga individu pemiliknya serta butiran lanjut penswastaan tanah berkenaan.

"Rakyat perlu tahu semua fakta-fakta. Silalah dedahkan untuk pengetahuan awam," kata Rafidah dalam surat terbuka itu.

Rafidah turut meminta penjelasan Najib berhubung beberapa projek utama kerajaan jika ia melibatkan tanah tentera yang diswastakan itu.

Antara projek yang disenaraikan dalam surat Rafidah itu ialah Bandar Malaysia yang merupakan bekas lapangan terbang TUDM Sungai Besi, perpindahan kem Majidee, Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL), projek Keretapi Laju KL-Singapura, projek komersil pertanian dan penjualan pengkalan udara TUDM Butterwoth.



TERBAIK

INI SEBAB

BEKAS ASKAR

AMAT BENGANG

PADA NAJIB

TANAH STRATIJIK

DIJUAL PADA

CHINA MERAH

TANAH MELAYU

DALAM BAHAYA

HASILNYA

------------------------

Tiada ulasan: