.

Selasa, 8 Mei 2018

HORMAT PADA ABANG POLIS






TABEK 

BEKAS ASKAR

PADA 

ABANG POLIS

Kesiagaan pihak polis pastikan keamanan dalam tempoh kempen dipuji


Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) memuji kenyataan Ketua Polis Negara (seperti yang dilaporkan oleh Bernama pada 7 Mei 2018) yang menyatakan bahawa pihak polis telah berjaya mengekalkan keamanan dan ketenteraman sepanjang tempoh kempen pilihan raya umum.

Mengetahui bagaimana Polis Diraja Malaysia berfungsi dan keupayaan mereka, kami mempunyai keyakinan penuh terhadap anggota-anggota berpakaian biru kita.

Kami yakin bahawa jika ada elemen yang tidak diingini cuba menimbulkan kekacauan dan mengganggu proses pilihan raya, pihak polis akan menggagalkan rancangan mereka dan menahan mereka.

Demikian kata Presiden Patriot, BG  Mohd Arshad Raji (B) dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau lagi, Patriot menggesa semua pengundi berdaftar di Malaysia untuk mengundi tanpa rasa takut atau gentar, dan yakin bahawa undi anda adalah rahsia dan tidak dapat dikesan.

Sebarang laporan atau mesej media sosial yang menyatakan sebaliknya adalah tidak benar, kata beliau.

Jelasnya, laporan yang menyatakan bahawa mungkin terjadi kekacauan dan meminta anda untuk menyimpan bekalan makanan adalah dusta dan mempunyai motif tersembunyi untuk tidak menggalakkan anda daripada keluar mengundi.

“Patriot ingin melihat PRU14 ini dijalankan secara bebas. Kedaulatan undang-undang mesti dipatuhi sepenuhnya. Kami ingin mengingatkan para pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap sumpah jawatan mereka.

“Kami sedar bahawa terdapat Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang merupakan ahli dan pemegang jawatan dalam parti politik.

Insiden yang berlaku pada hari penamaan calon pada 28 April 2018 tidak memberi keyakinan kepada rakyat bahawa SPR akan mejalankan tugas mereka dengan baik.

“Sila pastikan bahawa semua pegawai yang bertugas pada hari pengundian 9 Mei, yang juga penjawat awam, dan mungkin mempunyai afiliasi politik, melaksanakan tanggung jawab dengan penuh disiplin dan tidak memihak . Sekiranya pilihan raya diadakan secara adil, keputusannya akan diterima sebagai kehendak rakyat,” kata beliau.

Patriot tambahnya, memuji Polis Diraja Malaysia kerana telah menjalankan tugas dengan baik setakat ini.

Ujarnya, memandangkan ‘stake’ adalah sangat tinggi, dan sekiranya perbezaan keputusan terlalu dekat, mungkin ada keperluan mendesak untuk pasukan polis mengekalkan keamanan dan ketenteraman beberapa jam sebelum keputusan diumumkan.

“Sekiranya parti yang kalah berusaha menimbulkan kekacauan, mengkontrakkan perbuatan jenayah; pasukan polis kita mesti menahan pengacau-pengacau ini sebelum mereka melakukan perbuatan jenayah yang dirancang mereka.

“Patriot mempunyai keyakinan penuh terhadap Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia bahawa mereka akan berdiri bersama-sama rakyat Malaysia.

“Kini tinggal beberapa jam sebelum pengundian bermula. Patriot memberi amaran kepada semua penjawat awam terhadap pemusnahan dokumen-dokumen penting yang boleh menunjukkan penyelewengan dalam perbelanjaan dan pemberian kontrak. Perbuatan demikian adalah satu jenayah dan kesalahan berat,” katanya.



PDRM

SYABAS 

ABANG POLIS

TIDAK AKAN

DIJADIKAN

ALAT OLEH NAJIB


---------------------

Tiada ulasan: