Selasa, 29 Mei 2018

SPR - SURUHANJAYA PENIPU











BETUL TAK

GUA BILANG

SPR  PENIPU



Dr M: Prestasi BERSATU terjejas kerana 'penipuan' SPR


Dr Mahathir Mohamad berkata "penipuan" oleh badan pengendali pilihan raya menyebabkan ada calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kalah dalam PRU ke-14 lalu.

Menurut perdana menteri beliau menerima laporan mengenai isu berkenaan semasa mesyuarat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

"Kami dapat laporan-laporan berkenaan kes penipuan yang dilakukan oleh SPR yang menyebabkan beberapa calon BERSATU kalah.

"Ada setengahnya dah menang (dalam kiraan undi), tiba-tiba datang peti-peti undi lain, dan dengan peti undi lain itu pula kami kalah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat BERSATU hari ini.

Dalam kes lain pula, kata Dr Mahathir, ada kes undi rosak melihatkan jumlah sehingga ratusan.

"Ada sampai 700 hingga 800 undi rosak.

"Takkanlah orang Malaysia ini bodoh sangat (kerana tidak tahu mengundi sehingga kertas undi dianggap rosak).

"Itulah sebabnya prestasi kita (BERSATU) tidak begitu baik walaupun kita masih gembira kita menang dalam PRU ini," katanya.


Sebelum itu Dr Mahathir yang juga pengerusi BERSATU menghadiri mesyuarat majlis pimpinan tertinggi parti berkenaan bermula jam 3 petang.

Kata Dr Mahathir isu berkenaan bukan saja menjejaskan kemenangan BERSATU malah parti lain dalam Pakatan Harapan.

Justeru katanya BERSATU sedang meneliti kes berkenaan untuk dipertimbangkan bagi tindakan selanjutnya.

Ditanya sama ada kerajaan akan menyiasat Tuan Hjai Mohd Hashim Abdullah, Dr Mahathir berkata beliau difahamkan pengerusi SPR berkenaan mahu meletakkan jawatan.

"Jika ada apa-apa kesalahan yang dilakukan, tindakan akan diambil mengikut undang-undang," katanya.

PENGERUSI SPR

WAJIB DIDAKWAA

KES TIPU

KES TIAN CHUA

KES BENGKRAP

KES RANTAU

MASUKAN 

KE DLAM PENJARA

JADIKAN CONTOH

TAULADAN




---------------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kes penipuan SPR adalah kes jenayah memudaratkan demokrasi berparlimen dibwh sek.124(B) Kanun Keseksaan. Clare SR tulis fasal 1mdb Khalid twitter nak dakwa dia dibawah seksyen tu, apa lagi Hashim &'pegawai2 dia..menipu electoral process lagi teruk.
Kerajaan patut siasat jenayah ini.