Rabu, 9 Mei 2018

TAHNIAH SALUT








TANDA

SAHEH

KALAU TAK

MENANG

PASTI DITIPU


Muhyiddin isytihar kubu Umno sudah roboh di Johor

Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kubu Umno di Johor sejak sekian lama kini telah roboh.

Ketika berucap di AU 2, Ampang malam tadi, bekas menteri besar Johor itu berkata, Umno yang ditubuhkan di Johor kini ditolak oleh rakyat.

“Dulu kubu Umno adalah di Johor. Kini ia telah roboh,” kata Muhyiddin yang keluar berkempen di Ampang malam tadi meninggalkan tempat beliau bertanding di parlimen Pagoh, Johor.

Ia disambut oleh tepukan gemuruh puluhan ribu manusia yang berhimpun dalam majlis Jelajah Pakatan Harapan itu.

Turut berucap adalah Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu yang bertanding di Kota Raja.

Satu keluarga Melayu ini kekal mendengar ucapan walaupun dalam hujan.

Dalam ceramah malam tadi, penyokong PH itu kekal di tengah hujan yang turun mencurah-curah untuk mendengar ucapan pemimpin mereka.

Mereka berkumpul di padang bola AU 2 itu sejak 7.30 petang lagi dan kekal di situ walaupun hujan lebat turun.

“Saya mahu terlibat dalam perubahan ini,” kata seorang peserta perhimpunan itu, Farah Abu Bakar, 40 dari Bukit Antarabangsa, lapor Malaysia Decides.



TAHNIAH

SALUT 

-----------------

Tiada ulasan: