Rabu, 6 Jun 2018

MORARJI DESAI DAN DSAI





Wahai Pembacha Tukar Tiub  Yang Budiman.

Anak kelahiran Gujarat (1896-1995)  Moraji Desai pada tahun 1977 telah dilantek PM India setelah partai baru Janata dengan tidak disangka samasekali menumpaskan Indian Congress Party. Ini adalah kali pertama seorang Perdana Menteri dilantek yang bukan dari Congress Party.
Terpanggil menulis mengenai kekalahan Congress Party kerana UMNO adalah ""Congress Party of Malaysia"". Kekalahan  UMNO dulukala adalah Impossible. Mustahil.Kebelakangan ini pun Kekalahan UMNO hanya  Possible But Not Probable.Sehinggalah termaktub Hari Ini Dalam Sejarah pada 9hb Mei 2018...72 tahun setelah UMNO ditubohkan rakyat bangkit membutohkannya.

Moraji Desai bukan lah orang asing dari Congress Party. Dia pun pernah menjawat Ketua Menteri pada tahun 1950an dan semasa Mahatma Gandhi  melancharkan Civil Disobedience..protest sechara aman pada tahun 1930an  Moraji Desai dah pun aktif. Keluar masok penjara British di tahun2 1930an ke 1940an hingga lah India merdeka pada tahun 1947.

Setelah dimatikan politik nya oleh Indira Gandhi dalam Congress Party dia menyertai Pembangkang dan jadi PM  kompromi partai2 dalam Janata pada 1977.Hanya selama dua tahun kerana perchakaran dalam Janata Party.Dr M bekas UMNO Morarji Desai bekas Congress Party. Dr M pun kata dia hendak dua tahun sahaja tapi itu dulu.

Salah satu keistimewaan Moraji Desai adalah Urine Therapy...dia meminum ayer kenching dia sendirii kerana memperchayai adalah baik untok kesehatan.Di India peminuman ayer kenching sendiri maseh beleluasa.

Peminuman ayer kenching di Malaysia juga amat populer tapi selalunya ayer kenching setan lah.

KAH KAH KAH

Satu lagi persamaan dengan India...kita memang tak ada Moraji Desai tapi kita ada D.S.A.I.

Macham juga Moraji Desai , DSAI juga pernah berjawatan dan sama  lah sukan lawan towkay.Juga macham Moraji pernah dipenjara .\

Sesudah mengalami segala gala Moraji Desai dan DSAI sudah masak dan mellowed.Sudah melepasi Amarah dan Lawammah. Mudah mudahan sekarang sudah Muthmainah bagi kebaikan negara yang terchinta ini.



---------------------

7 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Desai minum kencing sendirik.. Dsai kuat kencing.. kekadang kene kencing.. kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...

Hang lupa lobai parti suci pun suka kena kencing dgn umno congress party of malaysia. Sama ada dia minum atau tidak tak tau la aku

underBear berkata...

apa yang hang dok cakap tu.
jika pilihan raya boleh merubah, pilihan raya akan diharamkan.
so sekarang ni apa yang dok cakap tu bohong la kiranya. pundek la aku mati2 pecaya cakap hang tu.
dah cukop. hang dah boleh pi kawen.

Nazrio berkata...

Aduhhhh Latar cerita sangat nobLe tapi Latar photos hiasan hancur hancuQ kata arwah Pak Din hancoQ masjid Rahman UM Kawan abg mat Sabu Menteri Pertahanan

anon berkata...

memang selalu kita jumpa persamaan watak dalam dunia ni.. tak ambik iktibar diri sendiri rugi

Tanpa Nama berkata...

kapada penulis ini;
boleh-kah tuan perkenalkan diri?

saya biasa malah suka tulisan/ejaan lama tuan seolah2 saya berada
se-zaman dengan pak sako.
hujung 1990-an dulu ada juga orang tua (nama pena:marhaintua) yang "mellow" menulis seperti tuan tetapi saya tiada pula melihat pak marhain itu menulis tulisan gaya 50-an ini.
saya sangka marhaintua adalah kassim ahmad di kulim kedah

saya khuatir entah esok entah lusa saya tiada lagi bisa ketemu penulis seperti tuan.

akhir qalam. jaga diri/kesihatan mudah2an dalam peliharaan Allah SWT.
menulislah hingga ke hujung nyawa mudah2an menjadi pedoman buat anak2 muda di luar sana.

adapun susok tukartiub/isham rais ini belum sampai "mellow". beliau "gagalist tegar".

Nazrio berkata...

Aminnnn Saya pun titip dOa buat penulis itu