Sabtu, 9 Jun 2018

RAJA DFALAM DAPUR









BACA INI

DAHULU




14 PM 69 comments:   
FRIDAY, JUNE 01, 2018
Bahaya Nafi Pilihan Rakyat

A Kadir Jasin

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

PADA 9 Mei rakyat jelata telah membuat keputusan. Mereka memilih Pakatan Harapan (PH) yang antara lain, menjanjikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan  Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Istana Negara baru menelan belanja RM812 juta
Kini sudah lebih 20 hari kerajaan baru PH mentadbir. Alhamdulillah segala-galanya berlaku dalam suasana aman damai walaupun ada saat-saat yang mencemaskan.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Jadi janganlah ada mana-mana pihak – dari mahligai yang bergemerlapan kepada lorong belakang yang hanyir dan gelap – cuba mencabar kesahihan kuasa rakyat.

Ketua Umum PH, Anwar Ibrahim, ditajukberitakan sebagai berkata beliau bimbang dengan perbezaan pendapat dalam PH.

Saya katakan begini kepada sahabat lama saya itu: Jangan sekadar bimbang saja. Sebagai orang tua kita lakukanlah yang terbaik bagi mengukuhkan perpaduan dalam pakatan kita.

Sesiapa pun, si papa atau raja akan mengundang tindak balas yang setimpal sekiranya mereka cuba menidakkan pilihan rakyat jelata dan undang-undang negara.

Seperti saya nyatakan berulang kali, dalam dunia tanpa sempadan yang dipacu oleh media sosial ini, tidak seorang atau satu hal pun akan terlepas daripada pandangan umum.

Dunia hari ini bukan lagi dunia “raja dalam rumah buat kira-kira. Suri dalam dapur makan roti gula”.

Rakyat jelata mahu tahu dan terpaksa diberi tahu kira-kira apa yang raja sedang buat dan berapa harga roti yang dimakan suri kerana rakyat jelata lah yang membiayai keperluan mereka.

Bukan puluhan atau ratusan ribu ringgit tapi ratusan juta!

Maka sewajarnyalah kira-kira yang raja buat itu demi kebaikan rakyat jelata dan bila ada raja, ada lah permaisurinya.

Dayang tepi kolam yang sedang mahu jemur tepung tidak lagi mahu dipatuk hidungnya oleh burung hitam.

Ini adalah kerana raja, isteri raja, dayang dan rakyat jelata kini berada di abad ke-21 dan bukan lagi di zaman dongeng, mitos serta rekaan di mana raja adalah kudrat.

[Secebis daripada Perlembagaan: Perkara 40 - Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.

(1) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.

(1A) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.] 

Antara Melayu dan Integriti

Ya, memanglah kalau boleh orang Melayu mahu Melayu menyandang semua jawatan penting, tetapi apa gunanya kalau Melayu yang berjawatan tinggi itu zalim, perasuah dan bersubahat dengan penyangak dan pencuri.

Kerajaan baru menjanjikan reformasi institusi. Untuk itu kita perlukan seorang pakar guaman yang amanah dan berintegriti sebagai Peguam Negara (Attorney General).

Kalau kita hendak melakukan pendakwaan kes rasuah berprofil tinggi pula, kita perlukan pula seorang Pendakwa Raya Negara (Prosecutor General) yang berkaliber.

Bagi mengelakkan pemusatan dan pembolotan kuasa, kita perlu pisahkan tugas guaman dan pendakwaan. Kita perlu ada seorang Peguam Negara dan Pendakwa Raya Negara.

Bangsa dan keturunan mungkin penting bagi sesetengah orang tetapi bagi semua yang mahukan keadilan, yang lebih penting adalah kewibawaan.

Jadi hendaknya janganlah ada sesiapa yang cuba mensabotaj proses pembentukan dan pelengkapan pentadbiran PH ini atau bermain kayu tiga untuk tujuan politik yang sempit.

Rakyat jelata memerhatikan!
Wallahuaklam.





---------------------------

3 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Sepuloh 9+1.. budak itam.. dah takdo yg itam jang.. semuo dah putih.. putih molopak.. putih kemerahan.. dah global.

Tanpa Nama berkata...

Kira2 raja nak tahu.Kira2 madey dahulu sampai Barry Wain tulis sampai 100 billion harta rampasan madey dan kroni sapu tak nak buat kira2 ka?

Tanpa Nama berkata...

kepada freeloader;

daripada kecil sampai ke tua makan tanggung. tak cukup istana mewah kereta menjalar elaun itu ini berjuta2.
malulah sikit pada rakyat biasa ni. anak2 kecil umur 6-7tahun dah kena bantu mak ayah cari rezeki.di pasar malam di market menjaja di tepi jalan. ibu tunggal siang malam kerja nak cari rezeki menyara anak2.

dekat tempat aku ini ada sepasang suami isteri kerja membaiki kasut. bertungkus lumus kerana mencari rezeki halal. tak kira panas tak kira hujan.

cuba sesekali keluar ke kampong, tengok bagaimana hidup rakyat. kalau kamu ada hormat diri tentu kamu akan tinggalkan hidup mewah kamu itu.
tempoh 16bulan dah habis suku billion? sedangkan rakyat terbanyak perit kerja siang malam bila dapat gaji jenuh berjimat cermat.

isham rais ni pun guna duit dia sendiri nak bayar top up bayar internet.petai direndam dalam minyak zaitun pun diusahakan sendiri.