Rabu, 31 Oktober 2018

TERIMA KASEH ROSMAH MANSOR





MERAKAM SEJARAH 

TERIMA KASEH 

ROSMAH MANSOR


Selalu kita dengar - di belakang kejayaan seseorang lelaki wujud  seorang perempuan. Untuk saya ini adalah  ayat klise yang semakin tidak ada nilai. Dari pengamatan saya - dari rujukan sejarah - dari zaman pemerentahan  Raja Louis Ke 16 (1754-1793) kita terbaca bagaimana perempuan bernama Marie Antonette (1770-1993) telah membawa keruntuhan tahtha kerajan Peranchis. 

Peranchis dari negara beraja menjadi negara republik. Raja Louis  dan kaum kerabatnya dipenggal  kepala kerana menghabehkan  boreh. Pemaisuri  bernama Marie Antonette memainkan peranan.  Kegilaan Marie Antonette mengumpul  intan berlian ketika rakyat Peranchis daif tanpa makanan menyemarakkan api Revolusi Peranchis. Amin.

Dalam sejarah Rusia pula  dari zaman Czar Nicholas  (1894-1917) kita bertemu dengan Czarina Alexandra Feodorovna (1872-1918).

Tahtha Romanov milik Czar Nicholas hancur. Rusia menjadi  negara sosialis  pertama dalam dunia melalui Revolusi Oktober. Kaum kerabat diraja semuanya dibunuh dan dihapuskan. Peranan Czarina Alexandra tercatat. Amin

Dari babak-bakak sejarah Peranchis dan Rusia - ayat yang wajib kita hayati ialah - dibelakang kejatuhan lelaki ada seorang perempuan. Dibelakang keruntuhan sesebuah empayar itu ada seorang pemaisuri. 

Hakikatnya ayat - kejatuhan lelaki akibat  perempuan  bukan ayat yang menghina perempuan. Ini bukan ayat sexist. Ayat ini saya  lahirkan dari fakta sejarah. Saya berbangga dan akan mempertahankan makna dan tanda ayat ini. 

Justeru saya amat berterima kaseh kepada Rosmah Mansor. Malah saya menyeru agar anak semua bangsa di Malaysia ini berterima kaseh sama kepada Rosmah. Tanpa sosok pendek gomok   dengan rambut sebakul  tidak mungkin kita dapat mewujudkan Malaysia Baru pada 9 Mei 2018 yag lalu. Rosmah anak perempun Cik Gu Mansor memainkan peranan. Amin.

Bayangkan jika isteri kedua Najib sama saperti tingkah laku isteri Mahathir. Bayangkan jika Najib tidak bercerai dengan isteri pertama. Bayangkan jika  Tok Bomoh dari Ampangan Seremban  tidak wujud. Bayangkan jika para bomoh dari Kerala India  tidak sampai ke Malaysia.

Bayangkan juga dunia tanpa Jho Low. Bayangkan juga dunia tanpa Riza Aziz. Bayangkan juga dunia tanpa Deepak. Bayangkan juga dunia tanpa Azeez Tabung Haji. Bayangkan juga dunia tanpa Habibul Rahman.

Hakikatnya nasib kita baik kerana  Rosmah anak perempuan Cik Gu Fatimah  telah menjadi pemangkin membantu rakyat Malaysia menjatuhkan Najib. Presiden United Malays National Organisation dan juga Perana Menteri Malaysia terjelepok jatuh pada 9 Mei 2018. Rakya Malaysia bersorak gumbira.  

Dalam sorak sorai ini saya memberi ingatan. Jangan lupakan Rosmah.

Tanpa Rosmah memainkan peranan - hari ini saya wajib sekali  lagi menyusun Bersih6 bersama Mat Sabu dan Mandeep Singh. Tanpa kewujudan  Rosmah berapa ramai  lagi anak muda yang akan masuk lokap kerana menentang United Malays National Organisation.

Sosok yang bernama Adam Adly wajib berterima kaseh dengan Rosmah. Ini  kerana satelah Najib bungkam si Adam ini telah diterima kembali untuk meneruskan pembelajaran di UPSI.

Mari kita  teroka apa peranan Pemaisuri Rusia Alexandra Feodorovna (1872-1918) sebelum Revolusi Oktober berjaya. Ketika  pemaisuri ini bercanda-canda dalam Istana Kamarad  Lenin dan  Kamarad Trotsky sedang dalam buangan diluar Rusia. Dua sosok revolusiner ini siang malam  menyusun  kader untuk bergerila  menentang Czar Nicholas.

Ketika Lenin dan Trotsky sibuk  Permaisuri Alexandra  juga  sibuk dengan Tok Bomoh bernama  Rasputin . Bomoh ini dibawa masuk ke dalam Istana untuk mengubati puteri yang gering.  Istana dijampi dan dikemeyan. Hantu dan polong tidak dapat menembus pintu istana. Semua kerana kuasa ilmu hitam Rasputin.

Akhirnya, surah mengatakan bagaimana si  Rasputin ini menjadi sosok yang paling berkuasa dalam istana melalui hubungan dengan Permaisuri.  

Kerenah Rasputin dan Czarina ini  berjaya membantu Lenin dan Trotsky dalam usaha menghasut warga Rusia untuk mengepong Istana Czar Nicholas.

Kesah Rasputin ini sama saperti Tok Bomoh Kerala yang menginap di Putra Jaya.  Tanpa Rosmah bomoh Kerala ini tidak akan sampai ke Malaysia. 

Dari surah popular yang kita sama-sama dengari rumah resmi Perdana Menteri  di Putra Jaya telah dijampi dan diserapah.  Segala serangan orang halus terhadap Najib telah dipatahkan oleh kuasa Tok Bomoh Kerala.  Bukan sorang bukan berdua. Seramai 7 orang Tok Bomoh Kerala ini telah mendindingi Najib dan Rosmah.

Mengikit labon kedai kopi tengkorak monyet dan bangkai biawak telah ditanam disekeliling rumah resmi Perdana Menteri. Hingga ke hari ini Mahathir dan isterinya masih gentar untuk mamasuki rumah resmi PM di Putra Jaya.

Dalam usaha menjatuhkan Najib si Rosmah  telah digunakan sebagai peluru yang amat bisa. Lebih bisa dari sumpitan racun ipoh. Lebih bahaya dari peluru emas yang menewaskan Panglima Hitam.

Rosmah terperosok dan terperangkap dalam angan-angan untuk menjadi  First Lady of Malaysia (FLOM).

Pada 3 April 2009 Najib naik tahtha menjadi Perdana Menteri. Tidak sampai satu bulan dari tarikh ini si Rosmah telah naik badi gila  menobatkan dirinya untuk menjadi First Lady of Malaysia (Flom). Rosmah berflom ke sini berflom ke sana. 

Ketika inilah orang ramai sadikit demi sadikit mula merasa  menyampah  melihat perangai Rosmah. Dalam alam siber - media baru telah memainkan peranan yang amat penting. Internet telah digunakan untuk  memperlekeh Rosmah yang gila untuk menjadi Flom.

Mengikut tafsiaran warga Malaysia yang rasional - Wanita Pertama Malaysia ialah Raja  Permaisuri Agong bukan Rosmah. Justeru Flom menjadi bahan lawak -  FLOM - First Lady of Malaysia menjadi Fat Lady of Malaysia. Kah kah kah.

Sejarah  dunia telah merakamkan bagaimana perempuan-perempuan yang suami mereka memiliki kuasa dengan tidak semena-mena menjadi  gila. Ilmelda Marcos menjadi gila  pengumpul kasut.  Grace Mugabe dari Zimbabwe gila mengumpul pakaian berjenam Gucci. 

Rosmah anak perempuan Cik Gu Mansor gila mengumpul beg Birkin. Malah dalam dunia hari ini Rosmah adalah pemilik beg Birkin yang terunggul. Tidak ada sesiapa lagi dalam dunia ini yang memiliki beg Birkin sebanyak yang dimiliki oleh  Rosmah. Ham dulil.

Kelakuan dan perangai Rosmah  ini sebenarnya menjadi umpan yang paling mujarab untuk menghasut orang ramai agar  membenci Najib Sang Suami.  Keborosan Rosmah  menjadi buah mulut. Dari kampong ke kampong dari Felda ke Felda Mak Cik Bawang mula berkesah tentang Rosmah.  Aji No Moto dan garam masalla ditambah untuk menyedapkan surah.

Perangai Rosmah  membantu kempen Pakatan Harapan. Rosmah yang tergedik-gedik telah menyakinkan orang ramai bahawa Najib telah jadi bodoh dan kini dibawah telunjuk Rosmah.

Dalam budaya Melayu konsep nasi kangkang ini memang dipercayai. Justeru kesah dan labon Najib menjadi mangsa nasi kangkang ini semakin meluas. Ini ditambah pula dengan kesah Bomoh Kerala.

Ahli-ahli United Malays National Organisation yang setia kepada parti kini berbelah bagi apabila berhadapan dengan perangai Rosmah. Ramai pengundi sayangkan Najib tetapi benci kepada Rosmah. Inilah adalah  fakta gelap yang membantu kemenangan Pakatan Harapan  dalam PRU14.

Parti United Malays National Organsation terpaksa memikul Rosmah ke hulu ke hilir. Pemimpin parti yang rapat dengan Najib amat takut untuk bersuara. Mereka bukan takut kepada  Presiden Parti tapi takut dengan Rosmah. Bayangkan memikul Rosmah ini bukan satu kerja yang ringan. Inilah Nasib Parti Ketuanan Melayu.

Sabenarnya - sejarah telah merakamkan  suara dari keluarga Najib. Mereka sedar akan malapetaka yang sedang  dibawa oleh Rosmah terhadap keluarga Razak.  

Media telah melaporkan bagaimana  Nazir Razak pada  29 Julai 2015 - telah memberi nasehat kepada abangnya Najib untuk melakukan perubahan. Nazir telah  berkias dengan menggunakan drama  tv  Game of Thrones. Nazir memberi  ingatan - you win or you die - kamu menang atau kamu mati.

Nasehat Nazir  muncul sesudah ledakan berita 1MDB yang dihebohkan oleh The New York Times (NYT).

Sila ingati kembali - pada ketika ini Nazir dianggap akan memainkan peranan politik. Mungkin untuk bersama membantu United Malays National Organisation. Dalam masa yang sama  Haji Desas bin Lebai Desus berlabon ke sana sini tentang keluarga Najib yang  semakin tidak senang dengan Rosmah.

Apa sebenarnya  sedang berlaku?

Dari apa yang saya dengar  - adik Najib ini yakin  siasatan Peguam Negara dalam kes 1MDB akan  menjerat abangnya. Duit 2.6 bilion yang masuk ke akaun pribadi Najib mustahil dapat dinafikan. Maka jalan keluar telah dicari.

Keluarga Najib telah memberikan nasehat agar Najib mengundur diri. Nazir seorang banker tahu betapa beratnya tuduhan akhbar NYT terhadap abangnya. Maka untuk menjaga nama baik keluarga si Abang wajib berundur. 

Najib nampak rasional mendengar hujah keluarga. Najib merasakan  bahawa apa yang dibincangkan adik beradik masuk akal.

Berita nasehat Nazir ini bertambah kuat apabila kenalan saya - Perawi Saheh  memberi tahu saya bahawa bagaimana pada satu pagi dia terserempak dengan setiausaha akhbar Najib.

‘ Bos telah buat keputusan.. bos akan mengundur…’

‘ Betul ke.. are you sure?’

‘ Yes… sure.. decision made..’

Pada hari yang sama disebelah petangnya Perawi Saheh  ini terserempak pula dengan Paul Stadler penasehat APCO Najib di Bangsar Village.

‘ I heard bos is  leaving… did you get the news….’ Perawi Saheh cuba menyampaikan berita baik kepada ajen Zionis ini.

‘ No way .. he is not leaving.. we will fight till the end…’

Berita tentang Najib bersedia untuk mengundur telah juga dilaporkan dalam Sarawak Report.  Tetapi kenapa Najib tidak mengundur dan pergi ke luar negara untuk selamat.

Saya juga mendenar surah  bagimana Rosmah telah menarik telinga Najib dan memberi amaran  agar jangan berundur.

‘ Kamu Perdana Menteri… pergilah tangkap Mahathir…’

Kata-kata Rosmah ini adalah bedok perang yang telah dipalu oleh Rosmah. Perang telah  dilancarkan oleh Rosmah dengan bantuan Habibul, Azeez dan Paul. Bukti perang ini  ialah Ghani Patil dibuang. Pengantinya ialah budak suruhan Najib.  SPRM diubah suai apabila  Tan Seri Abu Kassim dipaksa membuat pembedahan di Amerika. 

Mengikut Perawai Saheh sosok saperti Paul Stadler, Azeez dan Habibul memainkan peranan yang penting menyokong Rosmah untuk menghalang Najib dari mengundur. 

Sama ada telinga Najib ditarik oleh Rosmah untuk memaksa  Najib agar tidak meletakkan  jawatan bukan satu yang penting. Apa yang penting ialah kejayaan Rosmah anak Cik Gu Mansor mengagalkan rancangan Najib untuk berundur.

Projek Najib digagalkan oleh Rosmah. Ini rakamam sejarah. Ini kejayaan Rosmah.

Bayangkan jika Najib berundur - pasti United Malays National Organisation dan Barisan  Nasional akan menang besar dalam PRU14.  Untuk ini saya dan kita wajib berterima kaseh kepada Rosmah. 

Ada lagi ke rakaman sejarah? Ada bahagian akhir minggu hadapan. (tt)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45



--------------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cian kah mah... kalau mamat khalid buat citer hantu kak limah.. boleh dapat dekat 40juta..

kau isham buat la movie Hantu Kau Mah "the rise of bomoh karala"

aku rasa ini ... boleh cecah 2.6b kutipan..

kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Terima kaseh juga pada jamal,
terima kaseh rizal bibik mah,
terima kaseh keruak,
terima kaseh azez eeee,
terima kaseh nazri,
terima kasih komidi,
terima kasih maselan

ehhh banyak lagi lah...

ter Now plak terima kaseh lokoman adam..

Anonymous berkata...

Lu cari makan kat Suara Keadilan lepas tu hari2 siang malam lu tibai Pak Sheikh sama geng2 Bersatu Kadiq, Zahid, OSTB semua TBAI/Perkasa anti reformasi geng2 cari makan senang.

Sekarang Geng3 ni yg control PMO psych war pulak PM-7 mesti full term.

Ada akai ko dah menang, nak sailang janji2 PH PM tukar 2 tahun? 2 tahun nak pulun projek ala-Realmild guarantee x bley Ma!