Khamis, 22 November 2018

GUNI DITADAHKAN




ALAAA MAK

Maszlee ajak Isham Rais pidato jelajah universiti


SELEPAS disekat berpidato di Universiti Kebangsaan Malaysia malam semalam, Kementerian Pendidikan kini mahu aktivis politik Hishamuddin Rais menjelajah berceramah di universiti awam di seluruh negara.

Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata universiti adalah tempat wacana terbuka dan tiada siapa wajar disekat daripada bersuara.

“Saya akan minta Hishamuddin untuk mengadakan jelajah di universiti awam dan mereka (pentadbir universiti) seharusnya memberikan beliau ruang,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata apa yang berlaku di UKM malam semalam harus jadi pengajaran kepada semua universiti awam pada masa akan datang.

“Jangan sekat wacana intelektual. Kebebasan akademik yang baru saja kita kecapi sedang dibunuh semula,” katanya.

UKM malam semalam membatalkan majlis diskusi politik anjuran aktivis pelajarnya atas dakwaan penganjur tidak memohon kebenaran pihak pentadbir.

Program yang diberi nama Sekolah Malam itu dijadual membincangkan tajuk “Reformasi Struktural: Mahathir vs Anwar lagi?”.

Hishamuddin yang tiba di Sudut Pidato di Bangunan Pusanika dihalang oleh anggota keselamatan daripada menyampaikan syarahannya pada pukul 8.30 malam.

Jurucakap penganjur, Mohamad Azan Safar  mengaku tidak meminta kebenaran secara rasmi daripada pihak pentadbir tetapi program sama sudah berlangsung dua kali tahun ini tanpa ada sebarang masalah.  – 21 November, 2018.


BOLEH BUKAN

TAK BOLEH

KECIK  

SAPU TANGAN

GUNI DITADAHKAN

TABURLAAAH

DEEDAAK

-----------------

1 ulasan:

buahkeranji berkata...

Mamat tu kesian kt kau. Bersungguh kau jadi tukang jilat sekarang tetiba kena sekat. Bagi jelah muka sikit kat isham ni. Klu dok umah pun bukan ada ank isteri nk dijaga. Kihkih