Rabu, 19 Disember 2018

KHALAS KHATAM KOGIA




APA MAKNA

BERITA INI?

INI BERITA BAIK

MUSUH SEDANG

BERGADUH

Lokman tak sebengap ini, ciap Khairy


AHLI Parlimen Umno Khairy Jamaludin kini bertukar nada dan mula melakukan serangan di media sosial, apabila ciapan Twitter beliau yang menempelak pimpinan parti yang mahu kekal dengan cara lama.

Sehari selepas menggelar seseorang sebagai “tidak relevan sebagai manusia”, beliau hari ini turut menempelak seorang lagi individu dengan menggelar beliau sebagai seorang yang bengap.

Beliau menumpukan serangan beliau terhadap ahli majlis tertinggi Umno Lokman Noor Adam, yang kembali menegangkan perang media sosial antara mereka berdua.

Dalam ciapan Twitter beliau hari ini, bekas ketua Pemuda Umno itu berkata cadangan Lokman untuk melantik Najib Razak sebagai pemimpin pembangkang menurutnya adalah ‘berita palsu’.


“Jangan sebarkan fake news. Tak ada orang yang akan memberi cadangan bingai macam ni. Saya yakin @LokmanAdam pun tak bongap macam ni. Eh.” katanya dengan menggunakan dialek Negeri Sembilan.

Ciapan beliau itu dipercayai susulan cadangan Lokman bahawa Umno harus menjadikan bekas presiden sebagai ketua umum berikutan keputusan Ahmad Zahid Hamidi yang mahu menyerahkan tugas presiden Umno kepada timbalannya, Mohamad Hasan. 

Khairy adalah salah seorang pengkritik Zahid yang paling tajam  mendesak pimpinan Umno itu meletak jawatan kerana gagal meremajakan Umno selepas pilihan raya umum Mei.

Beliau juga turut mengkritik Najib berhubung skandal 1MDB, mengakui bahawa skandal itu adalah penyebab kejatuhan Barisan Nasional dalam PRU14.

Semalam, Khairy menyerang bekas exco belia Umno Tun Faisal Ismail Aziz dengan tweet bahawa “Anda tidak relevan sebagai manusia”.

Ciapa itu muncul sebagai reaksi selepas Faisal menulis mengatakan Khairy “tidak relevan sebagai ahli pembangkang.”


BILA MUSUH 

GADUH

SOKONG

YANG LEMAH

BIAR GADUH

JADI LAMA

BERPANJANGAN

BIAR MEREKA

SAMA SAMA MATI

LEPAS TU TANAM

SIMIN KUBUR 

KHALAS

 KHATAM KOGIA



--------------------

Tiada ulasan: