Rabu, 6 Februari 2019

TOK AJI MULA GADUH





TOK TOK AJI

MULA GADUH

SAMA SENDIRI

ADA DAPAT 

FULUS

DARI NAJIB

ADA TAK DAPAT

INI SEBAB

PERGADUHAN
40 saksi pengakuan Nik Abduh terima duit Umno, kata ulama Pas

Seorang pemimpin ulama muda Pas,  Tuan Haji Muhammad Atiullah Othman mendakwa ada lebih 40 saksi yang masih hidup mendengar pengakuan Ahli parlimen Bachok, Tuan Haji Nik Mohamad Abduh Nik Aziz bahawa dia menerima duit Umno.

Dalam satu posting di facebooknya, pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu berkata, beliau hadir sendiri dalam majlis pengakuan Tuan Haji Nik Abduh itu.

Tuan Haji Muhammad Atiullah berkata… Wajahnya bagaikan Al-Marhum Tuan  Haji  Nik Abdul Aziz tetapi hatinya sudah sama mendiang Marcos.

“Selepas hari kejadian, saya sangat kecewa dengan pemimpin-pemimpin tertinggi dalam Pas. Memang bukan semua, tetapi saya sangat kecewa dengan UNA. Wajahnya bagaikan Al-Marhum Tuan Haji Nik Abdul Aziz tetapi hatinya sudah sama mendiang Marcos,” tulis Muhammad Atiullah yang sebelum ini banyak menyerang pemimpin profersional dalam Pas sehingga parti itu berpecah sehingga terbentuknya Amanah.

Menurut tulisannya hari ini, yang dibuat selepas Presiden Pas menarik balik samannya terhadap Sarawak Report,  Tuan Haji Muhammad berkata ia berlaku dalam bulan Oktober 2016.

“Bulan Oktober 2016 adalah paling hitam dalam hidup saya. Buat pertama kali menjadi saksi hidup pengakuan menerima suapan.

“Saya sebagai penjawat awam, tentu kenal bahawa apa yang disebut oleh YB Tuan Haji Nik Mohamad Abduh adalah rasuah, bukan hadiah. Semua penjawat awam telah diberi pendedahan perbezaan antara hadiah dan rasuah sebagai syarat pengesahan jawatan,” tulis beliau.

Pada hari hari kejadian, katanya, beliau duduk betul-betul di hadapan Tuan Haji   Nik Abduh (UNA).

“Tiada seorang pun depan saya. Telunjuk UNA yang marah terhadap Ustaz Tuan Haji  Zaharuddin Muhammad (UZM) yang membantah ‘ambil duit UMNO’, secara fizikalnya menuding kepada saya.

“Pimpinan lain yang hadir dan bersama dengan pandangan UNA adalah Ustaz Tuan Haji Nasrudin Hassan Al-Germani dan YB Tuan Haji  Mohd Khairuddin Aman Razali Al-Audi,” tulisnya lagi.

Menurut Tuan Haji  Muhammad, UZM persoalkan hujah Tuan haji Nik Abduh.

“Cuba memerhati hadis Nabawi dan perbahasan Fiqh. Tetapi, UNA pula melenting tak tentu pasal. Lentingannya di hadapan saya. Bagaikan saya dimarahi sebab saya betul-betul di hadapan UNA. Antara UNA dan UZM, ada dua orang iaitu Tuan Haji Nasrudin Hassan Al-Germani dan YB Tuan Haji  Mohd Khairuddin Aman Razali Al-Audi,” katanya.

Tuan Haji Muhammad bertegas, tiada seorang pun di hadapan beliau yang menghalang beliau mendengar penyataan Tuan Haji Nik Abduh itu

“Tiada kepala yang menghalang saya dari memandang UNA. Di belakang saya pula adalah Tuan Haji Ustaz Hazmi Dibok. Saya turut memerhati di sekeliling dan cuba mengenali satu persatu orang yang hadir. Jumlah mereka yang patut jadi saksi mencecah ataupun lebih empat puluh (40) orang,” katanya.

Tulisan Tuan Haji Muhammad Atiullah adalah sebahagian dari cerita bagaimana rakaman video Tuan Haji Nik Abduh yang membuat pengakuan menerima duit dari Umno.

Rakaman itu dikatakan bakal menjadi sebahagian dari bahan bukti dalam kes pembelaan Sarawak Report terhadap saman Tuan Haji Abdul Hadi terhadap editornya Clare Rewcastle Brown.


SAPA NANTI

AKAN PEGANG 



KUNCI BILIK

BIDADARI

KAH KAH KAH


---------------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Din ayam lagi mulia dari pak mertua dia sebab tak makan dedak umno. Buat malu kat menantu jer si eddy tu.

Tanpa Nama berkata...

betui tu, yg ini aku tabik spring kpd en din kerana istiqomah tak makan dedak umunu.