Jumaat, 22 Februari 2019

TOK IS CHIP








SOKONG
WAJIB SOKONG

KADIR JASIN

Tak perlu pertahan PM isu undi tak percaya, kata Kadir Jasin


TIADA keperluan untuk mempertahankan Dr Mahathir Mohamad dari sebarang usaha untuk melancarkan usul tidak percaya pada masa ini, kata penasihat perdana menteri, A Kadir Jasin.

Penasihat media Dr Mahathir itu berkata, dakwaan yang timbul berhubung usul undi tidak percaya itu bagaimanapun menunjukkan wujud demokrasi dalam parti kerajaan.

“Saya tidak terbabit dalam gerakan mempertahankan perdana menteri sebab tiada keperluan. (Tetapi) Itu (undi tidak percaya) sebahagian daripada proses demokrasi,” ujarnya.

Kadir berkata bukti demokrasi itu dapat dilihat apabila timbul desakan Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau yang menuntut Dr Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri.


“Zaman BN dulu, kalau ada seorang anggota Parlimen atau Adun, katakan mewakili MCA, MIC mengkritik Najib Razak, sudah pasti beliau dipecat daripada partinya.

“Hakikat bahawa seorang pemimpin DAP boleh mengkritik dan menggesa perdana menteri meletakkan jawatan menunjukkan kita demokratik.

“Adakah kita suruh pecat yang membuat kritikan atau gesaan itu? Tidak bukan?” katanya.

Beliau mengulas gesaan Dr Boo itu yang tidak berpuas hati dengan tindakan Dr Mahathi menerima bekas ahli Parlimen Umno ke dalam parti Bersatu.

Dr Boo juga menuntut demikian atas tindakan perdana menteri yang didakwa memperkecilkan manifesto dan janji PH dengan menyifatkannya bukan kitab suci yang perlu dipatuhi.

Mengulas lanjut, Kadir berkata undi tidak percaya boleh diusulkan dan berlaku di sebuah DUN sehingga menyebabkan berlaku pertukaran menteri besar.

Oleh itu ahli parti tidak perlu terasa apabila terdapat pihak yang menggesa supaya perdana menteri meletak jawatan, katanya.

“Sudah pernah berlaku. Kenapa pula tidak boleh buat? Itu yang dibenarkan dan diamalkan dalam demokrasi seperti terjadi dalam negara kita, sekurang-kurangnya dalam DUN.

“Masalahnya kita tidak dapat memahami erti sebenar demokrasi, justeru kenapa perlu sedih kalau ada pihak yang menggesa supaya perdana menteri perlu meletakkan jawatan?” katanya.

Dakwaan mengenai usul undi tidak percaya itu ditimbulkan pemimpin PAS bagi menjawab kenyataan Dr Mahathir bahawa parti tersebut akan menyokong perdana menteri dan tidak akan menyokong Umno.

Tokoh wartawan itu bercakap kepada media selepas menghadiri program Suhakam bersama pengamal media di Kuala Lumpur. – 21 Februari, 2019



UNDI TAK CAYA

DIALU ALUKAN

JANGAN CAKAP

BUAT BUAT

LAKUKAN 

DENGAN SEGERA

TOK IS CHIP

KAH KAH KAH




---------------------

1 ulasan:

hamim berkata...

TT, memang benar apa yang Kadir Jasin cakap tu, tapi janganlah asyik asyik tunjuk ikan buntal berbirkan bibir Najib je, tukarlah bibir bidadari ke