Isnin, 4 Mac 2019

RAHSIA DALAM KOTAK








APA MAT EZAM

CAKAP ?

SIAPA BOS GLC?

INI RAHSIA

DALAM KOTAK?



Ezam dakwa 'bos GLC' bayar RM1.4 juta rakan Anwar

Bekas ketua Pemuda PKR (1999-2005) Mohamad Ezam Mohd Nor mendakwa 'bos GLC' yang dikaitkan sebagai individu yang membayar RM1.4 juta bagi pihak PAS kepada Sarawak Report merupakan rakan rapat Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Mohamad Ezam membuat kenyataan itu selepas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli semalam menafikan spekulasi itu dan sebaliknya mendakwa, tokoh korporat itu sebenarnya rakan Presiden PAS  Tuan Haji Abdul Hadi Awang sendiri.

Dalam kenyataan di Facebook hari ini, Mohamad Ezam mendakwa dia mengenali individu itu pada era Reformasi 20 tahun lalu ketika menjadi setiausaha politik Anwar, selepas diperkenalkan sebagai "kawan rapat" oleh presiden PKR itu sendiri.

Kata Mohamad Ezam, tokoh korporat itu membantu keluarga Anwar ketika beliau dipenjara serta membiayai kos guaman perbicaraan mahkamah melibatkan Anwar, selain menyediakan wang jaminan buat ratusan reformis yang ditahan ketika era Reformasi.

Selain itu, bekas senator itu juga mendakwa individu berkenaan menyediakan keperluan perbelanjaan PKR dalam pelbagai aktiviti serta membiayai wang deposit calon-calon parti dalam pilihan raya umum ke-11 pada 2004.

"Keikhlasan beliau jelas kerana beliau menolong sahabat-sahabat pada saat sukar dan pada saat mereka tidak mempunyai kuasa.

"Saya nasihatkan kepada Rafizi yang pada ketika awal perjuangan reformasi masih di bangku sekolah untuk berhati-hati dan jangan bermain dengan api.


JENG JENG JENG

KESAH MAKIN 

GELAP 

DUIT BERTUKAR 

TUAN

BUKAN RATUS 

BUKAN RIBU

JUTA JUTA


----------------

Tiada ulasan: