Sabtu, 1 Jun 2019

BALIK KAMPONG






BALIK KAMPONG 
Petang kelmarin salepas Demo Al-Quds gua bergerak untuk pulang ke  kampong. Gua orang Jelebu. Dulu Jelebu tempat polis buang orang jahat. Kerana Jelebu hanya ada  satu jalan masuk  ke pekan Kuala Klawang.

Kini dah ada jalan Gentng Peras melalui Hulu Langat.  Jalan ini melintasi hutan. Masih belum sibuk. Justeru dinasehatkan jangan  gunakan jalan ini waktu malam. Gua memang suka ikut Genting Peras. Romantik.
Dalam bulan puasa  tahun ini dua kali gua masuk ke Hulu Langat  – cari Bazar Ramadan.  Petang kelmarin kali ketiga gua melintas Hulu Langat.

Kami berlima – termasuk Ezi dan Tak Tak. Mereka juga suka balik kampong. Rumah atas tanah. 

Jam telah melintasi 6 petang bila  kami sampi ke dalam perut Hulu Langat. Kami berniat nak berbuka dalam kereta. Kami akan  nak berhenti makan di Titi – sebuah pekan kecil. Pekan Kampong Baru China. Dulu gua masih ingat kampong ini ada pagar macam di Gaza. Itu lain cerita.

Warong sebuah meja pacak. Warung kecil berpayung dan tak perpayung  berselang seli  di kiri dan kanan gigi jalan.  Gua memerhati gerai air tebu. 

Ternampak dari jauh sebuah rumah kosong yang ada jual air tebu. Lalu kami berhenti. Hanya gua yang keluar. Yang lain tunggu dalam kereta.

Gua sudah tahu harga satu jug air tebu. Harganya 6 ringgit. Bulan puasa tahun ini gua sudah dua kali beli air tebu tanpa air batu.

Sang Isteri berdiri jauh dari meja. Sang Suami  duduk bersandar  di kerusi. Bila gua sampai  Sang Suami bangun dan datang menghadapi gua.

‘  Bang… berapa satu jag ..’ Gua bertanya untuk memulakan proses. Gua Nampak ada tiga jag penuh.

‘Enam ringgit… ‘ Sang Suami menjawab cepat.

‘ Bagi satu jag…’  Gua membuka dompet. Gua ternampak ada banyak pembungkus plastic dan tali ikatan diatas meja.

‘Abang boleh masukkan dalam tiga plastic beg tak…. Nak berbuka dalam kereta….’

Sila dengar apa jawapan dari  Sang Suami ini.  Jawapan sang Suami lebih  dentum dari  dentum meriam buluh   Kampong Talang. Lebih bergema dari  Boing 767. Lebih meledak dari Little Boy yang gugur di Nagasaki dan Hiroshima. 

Gua terperanjat bila mendengar jawapan Sang Suami.  Mungkin inilah keterperanjatan Nabi Musa apabila  nampak rumput  bercahaya pandai bercakap. 

‘ Tak boleh buat…susah.. banyak kerja..’ 

Susah banyak kerja.  Susah banyak kerja. Ini jawapan Sang Suami yang enggan memasukan satu jag air tebu ke dalam tiga pembungkus plastic.

Apakah  yang susahnya memasukan air tebu ke dalam tiga pembungkus plastic.   Gua terfikir - Mamat ni meniaga atau jual candu. 

Gua tak berpaling dan  terus beredar meninggal meja dan masuk  ke dalam kereta. Gua  buka cerita kepada yang menunggu.

‘ Inilah masaalah Melayu. Jika China  rajin berkerja jadi senang kaya raya mereka marah. … ‘ Kalau meniaga malas lebih baik jangan meniaga.  Jual dadah. Oppss.. jual dadah pun kena masukan ke dalam pembungus plastic.  Jual ganja atau syabu kena timbang. Mamat ini  lebh baik mati kerana dia hidup hanya mengotorkan oxijen saja….’ Ceramah gua.

Kami bergerak meninggalkan tempat itu. Mata gua terus  menacri  warung jual air tebu. (TT)

--------

3 ulasan:

Arymanchino berkata...

TT klu gua dengar mcm tu gua terbalik jan meja air tebu dia.Org kg yg papa tunjuk sikap mcm tu.Klu dia org kaya tajan jual air tebu..lahabau...

Tanpa Nama berkata...

so kau beli atau tak beli air tebu pakcik pemalas tu? kat malaysia mmg ramai org melayu malas, tt. aku amat yakin kalau kau bersembang dan tanya pakcik tu mesti dia jawab dia ahli umno. org umno mmg pemalas, tau nak untung atas angin jer. konsep bisnis alibaba pun mmg bermula dgn umno.

aku pernah pergi kursus btn dulu sebelum kursus tu diharamkan daribumi melayu(syukur) antara tajuk perbincangan adalah.. otak kita dipaksa terima perniagaan konsep alibaba (kasi projek pada ahli umno dan sub pada cina) daripada beri bisnis tu pada ahli dari pada parti pembangkang walaupun org tu ada kepakaran. apa punya turr laa.

Tanpa Nama berkata...

Niaga adalah pekerjaan, Dari perkataan "kerja". Kerja Tu memang Susah. Kalau tak susah, mana Ada ganjaran? Kalau tak mau "susah", jangan kerja. Tunggu BR1M. Manalah tau, boss Lu Akan kembali tolong. So, tunggu ya. Jgn kerja. Banyak Susah.