Khamis, 3 Oktober 2019

KEJAYAAN PRU14




SAHEH

KENG

BELOT

LOKMAN

SETUJU 

Amhari jadi saksi untuk kenakan Najib, dakwa Lokman Adam

PENYOKONG Najib Razak, Lokman Adam mempertahankan bahawa laporan polis yang dibuat terhadap saksi perbicaraan kes 1MDB, Amhari Efendi Nazaruddin bukan bersifat ugutan.

Jelas beliau, laporannya itu untuk menggesa agensi antirasuah menyiasat Amhari atas kesalahan yang disebut saksi itu semasa memberi keterangan dalam perbicaraan kes Najib.

Tambahnya, laporan itu juga dibuat kerana berpendapat Amhari sengaja dijadikan saksi untuk mengenakan Najib sedangkan individu itu juga patut didakwa di mahkamah.

Lokman percaya tindakannya membuat laporan polis itu tidak melanggar undang-undang kerana dibuat selepas Amhari selepas memberi keterangan di mahkamah.

“Saya bukan mengugut. Saya hanya buat laporan polis ke atas Amhari berhubung keterangan yang diberikan (ketika menjadi saksi pendakwaan 1MDB).

“Laporan polis itu dibuat selepas beliau memberi keterangan (sebagai saksi) jadi apa yang saya ancam terhadapnya?” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight.

Tambahnya, beliau membuat laporan itu akhir bulan lalu dan Amhari memberi keterangan selama lima hari yang berakhir pada 23 September.

Jelasnya, Amhari patut duduk di kandang tertuduh tetapi sengaja dijadikan saksi dalam kes itu untuk mengenakan Najib.

“Tapi SPRM melepaskan beliau daripada kesalahan rasuah. Sebaliknya tawarkan beliau sebagai saksi utama untuk kenakan Najib dan beliau bebas tuduhan rasuah,” katanya.

Lokman juga mahu Amhari disiasat kerana menerima gaji daripada syarikat swasta, Orb Solution ketika bekerja sebagai penjawat awam.

Katanya laporan itu juga meminta SPRM menyiasat saksi berkenaan kerana menerima wang daripada Jho Low yang kini dalam buruan.

Beliau membangkitkan pengakuan Amhari menerima wang AS$200,000 daripada Jho Low yang disebut semasa perbicaraan.

Turut dibangkitkan Lokman adalah fakta berhubung wang berjumlah RM3.7 juta didakwa masuk ke akaun Amhari di bank Switzerland, yang muncul semasa perbicaraan.

Menurut Lokman, perkara itu perlu disiasat kerana menurutnya melanggar undang-undang.

“Itu tiga perkara yang salah di bawah akta pengubahan wang haram (AMLA) dan Akta SPRM,” dakwanya.

Lokman juga mengesahkan menerima surat tunjuk sebab itu yang memaksa beliau menjawab dalam masa tujuh hari, bermula Isnin.

“Saya akan jawab (surat itu) dengan menggunakan peguam saya dalam masa tujuh hari,” katanya yang kini berada di hospital, didakwa untuk menjalani satu rawatan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa Kunyalam dalam satu laporan Free Malaysia Today mengesahkan surat tunjuk sebab itu dikeluarkan.

Pendakwaan dilaporkan akan memulakan prosiding menghina mahkamah ke atas Lokman sekiranya tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.

Laporan Lokman turut menyerang Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya kerana tidak bertindak dan memuatkan satu video mengandungi tuduhan dalam laporan berkenaan.

Amhari merupakan saksi pendakwaan kelapan bagi perbicaraan Najib yang didakwa atas 25 pertuduhan membabitkan penyelewengan dana syarikat 1MDB. – 3 Oktober, 2019.



BAGUS SEMUA

TERBARAI

SEMUA PECAH

INILAH 

KEJAYAAN 

TERBESAR

PRU14





-------------

3 ulasan:

Daddy cool berkata...

Semoga keng terselamat. Antara dosa dan airmata, jasa dan keberanian, keng lebih diutamakan. Bukan senang nak jadi keng, kena tunggu sebuah kerajaan jatuh baru bakat seorang keng dapat dicungkil...

Awanama berkata...

apasal lokman lobak sekor jer yg bersuara tak puas hati? mana ellie suriaty? mana mat over? rosyam noor mana? takkan yg lain2 tak nak pertahankan bosskurr kur kurr?

errrr... tt, lama kau tak letak muka rosmah sebagai penghias blog. sekali sekala kasi letak laa.. rindu maa.

Awanama berkata...

Penjawat awam: Antara boikot dan perubahan ideologi.

Selepas lebih setahun gabungan Pakatan Harapan menjadi kerajaan baru, kedengaran suara ketidakpuashatian terhadap pemerintahan selepas menundukkan BN pada pilihan raya umum ke-14 lalu.

Terdapat kajian menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia tidak kira bangsa berpandangan PH masih jauh dari dasar yang dijanjikan ketika menjadi pembangkang.

Persoalannya, di mana kesilapan? Kenapa kerajaan PH masih tidak dapat berfungsi untuk memenuhi keperluan rakyat?

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata ada kakitangan awam yang mahu kerajaan PH ditumbangkan dan mengembalikan “kerajaan yang membenarkan rasuah”.

Anaknya, Mukhriz Mahathir yang juga menteri besar Kedah pula menyarankan supaya mengambil tindakan tegas dikenakan terhadap penjawat awam yang mensabotaj kerajaan.

Mahathir dan kabinetnya
Semalam, Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan Sazmi Miah mendakwa masih ada penjawat awam menyokong pembangkang.

Dengan merangkumi lebih 1.3 juta penjawat awam, birokrasi Malaysia merupakan antara terbesar di dunia dengan ratio 4.5 peratus kepada 32 juta penduduk. Melayu Islam merangkumi 95 peratus penjawat awam...

Tetapi betulkah ada usaha penjawat awam mensabotaj kerajaan PH?

Seorang pakar penganalisis politik mempunyai pandangan berbeza dalam perkara ini.

Profesor Madya Dr Mohd Mizan Aslam, Pakar Kajian Strategik, Universiti Malaysia Perlis (UMP) berkata beliau tidak nampak sebarang usaha mensabotaj kerajaan PH sekarang ini.

Sebaliknya, perubahan ideologi menjadi satu penghalang antara pemerintah dengan penjawat awam.

"Mereka (penjawat awam) sedia bekerjasama dengan kerajaan baru.

"Mungkin, tidak wujud selesa pada awal. Saya lihat bahawa mereka terlalu lama berada di bawah kerajaan BN.

“Mereka rasa BN menjamin masa depan dengan satu jalan dan satu cara. Tiba-tiba ada kerajaan baru.

"Tapi, ini tidak bermakna mereka sabotaj kerajaan baru. Cuma perubahan ideologi membuat mekanisme kerajaan dan kesediaan mereka agak tidak laju," katanya kepada Malaysiakini.

Namun, Dr Mizan juga mengakui selepas hampir dua tahun memerintah seharusnya keadaan ini tidak wujud lagi.

Menurutnya, walaupun beberapa menteri sudah mula menunjukkan progresif dalam soal pengurusan, masih ada yang gagal dalam soal itu.

"Antara faktor yang penting di sini adalah faktor pendorong dan faktor penarik.

"Contohnya, kita (menteri) mendorong penjawat bawahan untuk berkerja bersungguh-sungguh. Tapi, adakah kita menunjukkan sikap profesional.

“Saya tidak menentang kerajaan yang baru. Tetapi, kita perlu mengakui masih ada yang gagal menjalankan tugas.

Dr Mizan menjelaskan bahawa faktor penarik itu bermaksud seorang menteri perlu menunjukkan sikap profesional dan kebolehan untuk memenangi hati rakyat.

"Bagi mendorong seseorang, menteri perlu menilaikan dan menyediakan diri sendiri untuk sentiasa bersama penjawat awam menjalankan tugas," katanya.

Sementara itu, Dr Mizan menyifatkan adalah penting bagi kerajaan terus mengekalkan dasar-dasar baik era pemerintahan terdahulu untuk mengekalkan kesefahaman penjawat awam.

"Yang baik kita perlu kekalkan. Kalau boleh menambah baik. Bukan membuang. Sebab, penjawat awam juga mempunyai pemerhatian dan penilaian mereka sendiri terhadap menteri dan kementerian.

"Sekiranya, seorang menteri menukar dasar atau polisi yang baik untuk kepentingan diri sendiri atau motif politik, maka dia akan menghadapi kesukaran penjawat awam menjalankan tugas."

"Mereka kata sangat telus. Tapi, ramai percaya kerajaan sekarang ini tidak banyak berbeza dengan kerajaan lama...

kah kah kah kah kah kah
nak baru ?
Mana boleh orang Kita masih sama ?
nak rasuah ler...rasuah Tak masuk,
siapa susah ? orang kita jugak kan
biar kan tutup satu mata saja
syumul syukran semua kah lah kah