Rabu, 23 Oktober 2019

NAJIB BUAT DONO







NAJIB KATA

WA TAK TAU

WA TAK TAU

Najib tak boleh kata tak tahu RM42 juta masuk akaun, kata Tommy Thomas

NAJIB Razak tidak boleh mendakwa tidak mengetahui tentang RM42 juta dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya kerana beliau mempunyai kawalan penuh ke atas SRC International ketika itu, kata Tommy Thomas.

Pada sesi penghujahan akhir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Peguam Negara berkata Najib perlu menjelaskan mengapa lebih 100 keping cek dikeluarkan daripada dua akaun peribadinya di AmBank walaupun gajinya kurang RM1 juta setahun.

Thomas berkata Najib “tahu, atau ada sebab untuk percaya atau mempunyai syak wasangka munasabah” bahawa wang di dalam akaun AmBanknya adalah hasil aktiviti salah.

Pertuduhan ke atas Najib berkaitan dengan pinjaman RM4 bilion dikeluarkan kepada SRC International pada 2011 dan 2012, beliau dituduh menerima suapan bernilai RM42 juta dalam akaunnya antara 2014 dan 2015. Beliau adalah perdana menteri sejak 2009 hingga 2018.

Pada sesi penghujahan akhir pihak pendakwaan tengahari tadi, Thomas berhujah yang pemimpin berusia 66 tahun itu gagal bertindak memastikan sama ada wang tersebut adalah hasil aktiviti haram atau tidak.

“Walaupun terdapat banyak bukti, pihak pembelaan mendakwa pendakwaan gagal membuktikan tertuduh mengetahui RM42 juta yang dipindahkan ke akaunnya daripada SRC International,” kata Thomas.

“Kerana itu, pihak pembelaan mendakwa mereka tidak perlu membuktikan wujud unsur ‘ketidakjujuran’ kerana tertuduh tidak bertindak dengan tidak jujur berkaitan RM42 juta SRC International yang masuk ke dalam akaun tertuduh. Ini adalah penghujahan luar biasa yang dibuat pihak pembelaan.”

Thomas berkata pendakwaan berjaya menunjukkan Najib mendesak pinjaman sebanyak RM4 bilion walaupun Unit Perancang Ekonomi pada 2012 berkata geran kerajaan sebanyak RM3 bilion tidak boleh diberikan kerana SRC International hanyalah syarikat dengan modal permulaan RM2 dan tiada rekod pencapaian.

“Memandangkan SRC International gagal mendapatkan RM3 bilion daripada kerajaan, dengan sokongan dan kesediaan tertuduh, SRC International akhirnya mendapat pinjaman RM4 bilion daripada KWAP pula,” kata Thomas. – 22 Oktober, 2019.--------


RAKYAT KATA

LU TAK TAU

LU BANGANG

KERANA LU

BANGANG

LU WAJIB

MASUK PENJARA

KERANA

BANGANG
KAH KAH KAH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT, lu pikir kalau selama 30 tahun, tiap malam tidur sekatil dihimpit badak. Adakala badak berahi, dikuda oleh badak pulak. Punggung pun nak patah, katil nak roboh! Betapa negri pengalaman camni. Bukan Tuya atau Ziana. Tengok muka dia cam orang kena trauma teruk. Sebab tu. malam semalam buat apa pun pasti tak ingat. Cam mana tahu duit masuk akaun? Caya la si mamat tu. Kasihan!