Isnin, 4 November 2019

KEMPEN BERAT SABELAH










KEMPEN

BERAT

SEBELAH

Terjun sungai dan pura-pura pengsan, 

taktik warga asing elak

dicekup di tapak 

semaian Sungai Buloh

SUNGAI BULOH: Ada yang sanggup bergadai nyawa dengan terjun ke dalam sungai dan menyelinap ke kawasan belukar semata-mata untuk meloloskan diri dari ditahan pihak berkuasa.

Itulah tindakan ‘nekad’ yang diambil sebahagian warga asing di sebuah tapak semaian berhampiran Plaza Tol Sungai Buloh, di sini siang tadi yang cuba mengelak dari ditahan dalam satu operasi dijalankan Jabatan Imigresen malaysia (JIM) Selangor.

Ketua Operasi JIM Selangor, Mohamad Rahmat Abdul Manap berkata dalam operasi yang bermula jam 10 pagi itu, ada antara mereka turut cuba menumbuk penguatkuasa imigresen selain berpura-pura pengsan.

Namun, tindakan pantas pasukan serbuan berjaya menahan seramai 32 warga Indonesia yang tinggal dan bekerja secara haram di negara ini.

Warga asing yang ditahan itu membabitkan 27 lelaki dan lima kanak-kanak berusia antara satu hingga 60 tahun.

“Kawasan ini agak terbuka, di tepi lebuh raya, maka apabila kita lalu kita nampak, maka kita ambil tindakan untuk membuat intipan dan risikan.

“Hasil daripada intipan dan risikan tersebut kita dapati memang ada kewujudan warga asing yang ada di tapak semaian ini. Maka kita mengambil inisatif untuk menghantar pasukan risikan. Kita rancang dan kita buat operasi,” katanya ketika ditemui di lokasi di sini hari ini.

Katanya lagi, kawasan berkenaan sangat luas dan mempunyai banyak laluan seperti sungai, belukar serta kawasan hutan untuk mereka meloloskan diri.

Risikan dan soal siasat mendapati kebanyakan yang ditahan sudah bekerja secara haram di situ sejak enam bulan lalu.

Tapak semaian yang terdiri daripada beberapa kebun itu dipercayai milik warga tempatan dan JIM Selangor akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan mereka berikutan melakukan kesalahan mengikut seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana melindungi serta menggajikan warga asing.

Kesemua warga asing terbabit pula ditahan mengikut seksyen 6(1)(c) dan seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal secara haram dan tinggal lebih masa di negara ini.


PENDATANG

HARAM BAWA

MASALAH

SEMUA SETUJU

TAPI JANGAN

TANGKAP

PENDATANG SAJE

TANGKAP JUGA

PARA TOWKAY

PARA CUKONG

YANG UPAH 

PENDATANG 

HARAM

MASUKKAN JUGA

PARA TOWKAY

DAN CUKONG

KE  DALAM 

KEM TAHANAN

MEREKA INI

LEBIH BAHAYA

DARI PENDATNG

HARAM

MEREKALAH

PUNCA

TANAH MELAYU

INI JADI

NEGARA 

PENDATANG

-----------

1 ulasan:

Makannasi berkata...

Setuju.. tapi apsal semua bekas menteri.. ketua bahagian.. setpol2.. semua rilekkk jaaa???
Kah 34x... maknanya apa??? Kah2x