Selasa, 10 Disember 2019

INI JAM OMEGA KE?







JAM

OMEGA?

Mohammad Khairudin Mohd Nor
KUALA LUMPUR: Najib hari ini mendedahkan di Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau menghadiahkan seutas jam tangan berharga RM466,330.11 kepada Rosmah Mansor sebagai hadiah hari ulang tahun kelahiran suaminya pada bulan Disember.
.
Najib, 66, berkata jam tangan itu dibayar menggunakan kad kreditnya di butik eksklusif Chanel di Honolulu, Amerika Syarikat, pada 22 Disember 2014.

Ahli Parlimen Pekan itu mendedahkan perkara berkenaan semasa memberi keterangan membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd semasa pemeriksaan utama oleh peguamnya, Rahmat Hazlan.
.
Najib juga memberitahu mahkamah beliau membelanjakan RM127,017.46 di Shangri-La Hotel di Bangkok, Thailand, pada Januari 2015 melalui kad kreditnya untuk percutian peribadinya di negara itu.
.
"Meskipun perjalanan itu percutian peribadi, saya turut mengambil peluang untuk bertemu dengan rakan sejawat Thailand saya, Prayut Chan-o-Cha, untuk membincangkan bagaimana kerajaan Thailand dapat membantu kita berkenaan dengan banjir teruk yang kita hadapi.
.
"Pembayaran RM120,000 di Hotel Shangri-La meliputi penginapan saya dan kakitangan sokongan yang menemani saya dalam perjalanan ini, termasuklah perbelanjaan di luar jangkaan dan yang diperlukan sepanjang perjalanan ini," katanya.
.
Beliau berkata, transaksi di Shangri-La itu selepas lawatannya ke Kota Bharu, Kelantan, untuk memeriksa keadaan banjir di sana dan beliau terus menyambung percutian peribadi di Bangkok.
.
Katanya, ia menjadi haknya untuk menuntut kembali perbelanjaan daripada kerajaan memandangkan beliau membuat kerja sewaktu percutiannya.
.
"Tetapi, saya memilih untuk menanggung kesemua perbelanjaan atas diri sendiri memandangkan saya tidak mahu merumitkan perkara dan telah melakukan budi bicara saya dengan sewajarnya," katanya.
.
Mengenai RM3,282,734.16 yang dikenakan oleh sebuah kedai tukang emas di Sardinia, Itali, pada 8 Ogos, 2014, Najib berkata perbelanjaan itu dilakukan untuk membeli barang kemas sebagai hadiah kepada isteri seorang kenamaan Timur Tengah.
.
Pada 11 Nov lepas, Najib diperintah membela diri terhadap tiga tuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berkaitan dengan dana SRC International setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas Perdana Menteri itu.
.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang berlangsung. - BERNAMA


OMEGA

JAM ABAM

AMOI DAH 

KELEPET
KAH KAH KAH


--------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jam omega songel lebih mahal dan jelas oleh kerana ia terukir nama mu.....tak caya tanya eskay. songel boleh aje nafi tapi sejarah tidak menipu.....

-sebok tak berhabis malam dan siang,
-tak cukup jam yang 24,
-kurang hari didalam seminggu yang 7

nak jadi PM nak jadi PM tapi tak ada yang special boleh dibawa ke meja.......bawah meja apa mungkin semua boleh?