BACA LAGI
Setiap ideologi ada baik & buruknya. Penindasan berlaku tak kira di negara demokrasi, komunis, sosialis atau kapitalis mengikut pendokong sistemnya. Komunis yg digambarkan terlalu buruk itu hanya di Malaysia kerana ideologinya dikembangkan melalui gerakan gerila yg ganas selepas 1945.
Itu pun setelah dilatih & dibekalkan senjata oleh penjajah British sendiri termasuk MPAJA utk menentang Jepun (1942-1945). PKM pada mula ditubuhkan (1930) hanyalah sebuah parti politik berhaluan kiri sahaja, yg menentang penjajahan British.
Nama2 spt Pak Sako, Abdullah CD, Ahmad Boestamam, Rashid Mahideen, Shamsiah Fakeh yg berhaluan kiri semuanya bangsa melayu beragama Islam. Nama2 ini tidak diangkat oleh British & dianggap pemberontak ganas kerana tidak tunduk & tidak jadi barua British sblm dan selepas pendudukan Jepun, malah ada diantara mereka ditangkap & dipenjarakan.
Tidak spt parti2 barua yg wujud & direstui British slps itu. Hasilnya, British mengekalkan demokrasi ala British sehingga ke hari ini & masih berlaku ketidakadilan ala British spt rasis & diskriminasi agama. Jadi, bukan semua ideologi itu adalah yg terbaik & bukan semua ideologi itu yg terburuk bergantung kpd pemimpin serta pendokongnya
-----------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan