TIDAK JELAS
SAPA ABANG
SAPA ADIK
'Pas, UMNO sekarang
macam adik-beradik'
SIK - Muafakat Nasional yang disepakati antara Pas-UMNO berjaya merapatkan jurang antara dua parti itu yang secara tradisinya adalah musuh politik sejak berzaman.
Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Noor berkata, penerimaan ahli Pas terhadap UMNO kini semakin baik dan positif ke arah pembentukan kerajaan, sekiranya berjaya merampas kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurutnya, pihaknya juga percaya Muafakat Nasional di Kedah berjaya menenggelamkan pengaruh kerajaan Pakatan Harapan (PH) diterajui Mukhriz Mahathir.
“Ramai yang pelik, bagaimana Pas-UMNO sekarang macam adik-beradik, sebelum ini musuh ketat. Kita harus berlapang dada menerima kebaikan.
"Selepas tewas PRU14, UMNO tidak lagi sombong dengan kuasa, malah mereka terima pendekatan politik Islam dibawa Pas, dan pinda perlembagaan dengan meletakkan Islam sebagai keutamaan, ini yang mendekatkan lagi UMNO dan Pas,” katanya selepas Majlis Mahabbah Muafakat Nasional di Padang Batu 2, Sungai Pau, malam semalam.
KALAU KEMBAR
SAPA KELUAR
DULU KELUAR
SAJE TANYA
NANTI TUDUH
SEKAWAH
GULAI BABI
LAGI
KAH KAH KAH
---------
1 ulasan:
Sapa banyak duit, pukus dollar?
Umno atau PAs?
Abang mesti banyak duit
Baru boleh belanja adik
Kalau mahu pilihan de Raya kena pakai duit
Kena beli ketupat lemang
Beras pukut santan
Pelikat kopiah beg sekolah
Ingat duit ialah kuasa
Sistem begitu
Kah kah kah dulu
Catat Ulasan