Khamis, 23 Januari 2020

HEBAT MINAH INI








HEBAT

MINAH

INI 

SPRM perangi rasuah dengan cara inovatif, kata Latheefa

 SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan ‘cara inovatif’ untuk memerangi rasuah bagi memastikan negara ini berada di landasan yang betul.

Mengulas mengenai pencapaian Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2019, ketua SPRM Latheefa Koya berkata agensinya akan kekal komited dalam menjalankan tugas.

Beliau berkata SPRM akan meneruskan usaha untuk mengambil langkah proaktif terutamanya dalam aspek pencegahan.

“Kita sebenarnya sudah memulakan cara innovatif untuk menangani rasuah.”

“Kita akan terus memacu ke arah ketelusan yang lebih baik dengan melibatkan lebih ramai pihak berkepentingan dan satu mekanisme yang kukuh ke arah menguruskan perlindungan pemberi maklumat.

“Kita juga akan menggerakkannya ke semua peringkat badan pengurusan kerajaan bagi meningkatkan tahap integritinya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malaysia bergerak kepada 10 anak tangga kepada kedudukan lebih baik dalam CPI 2019, kesan usaha berterusan Putrajaya dalam memerangi rasuah di bawah pemerintahan kerajaan baru.

Dengan skor 53 mata, Malaysia kini menduduki tempat ke-51 daripada 180 negara yang diselidik oleh badan pemerhati rasuah antarabangsa itu. 

Skor CPI negara dari 0 hingga 100, dengan skala 0 sebagai sangat rasuah dan 100 paling bersih daripada rasuah.

Tahun lalu, Malaysia menduduki tempat ke-61 dengan skor 47 mata, dan pada 2017, ia mencatatkan mata yang sama tetapi menduduki tempat ke-62. – 23 Januari, 2020.


HEBAT

SEMUA FAIL BERAT

FAIL BERPASIR

FAIL BERSYABU

OPPS... SILAP

FAIL BERDEBU

AKAN DIBUKA

SEMULA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

-------------

Tiada ulasan: