Rabu, 8 Januari 2020

KOMUNIS DAN SEJARAH KIRI




KOMUNIS DAN SEJARAH KIRI

Minggu  lalu saya menulis tentang kelahiran sikap anti-komunis.  Saya menerangkan bagaimana di Tanah Melayu ini komunis dianggap Bani China dan  Bani China  itu dicap komunis.   Sikap ini memiliki sejarah. Ianya tidak muncul secara tersendiri. Ada perancangan licik untuk memunculkan sikap ini.

Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan di Kuala Pilah – di Batu Kikir pada 30 April 1930. Ho Chi Minh – Bapa Revolusi Vietnam hadir sebagai wakil  Comintern  – Communist International . Pak Cik Ho – nama manja rakyat Vienam - telah datang  ke Batu Kikir untuk meresmikan penubuhan PKM. Dari buku ingatan  Abdullah CD (1923) sejarah merakamkan pada perasmian itu ada hadir    buruh Tioghua, ada penoreh getah Tionghua dan hadir sama penoreh getah Melayu dan   disertai  juga oleh kaum tani Melayu.

Idealoji PKM ialah Marxisma.  Maknanya  dasar dan perjuangan PKM ialah untuk mendirikan Tanah Melayu yang bebas merdeka dari cengkaman penjajah Inggeris.  Mengamalkan sistem ekonomi sosialis.  Mendirikan Republik Tanah Melayu. Pada tahun 1930 ketika PKM ditubuhkan Tanah Melayu adalah tanah jajahan Inggeris.  

Idealoji komunis  mengajukan sikap internationalisma –  umat sejagat tanpa bangsa.  Slogan – Buruh Sedunia Bersatulah  - tidak ada yang hilang kecuali rantai penindasan. Slogan ini kukuh mengegar dunia termasuk di Tanah Melayu. 

Ajaran Marxis mendidik umat mansia untuk menerima  bahawa bumi ini adalah  bumi milik bersama umat manusia. Dunia ini adalah  milik anak semua bangsa. Ini fahaman  dan ajaran yang dipegang oleh semua parti-parti komunis dalam tahun-tahun 30’an.  Ini dalam era pasca Revolusi Bolshevik 1917. Dan sebelum munculnya Republik Rakyat China  dalam tahun 1949.  

Di Tanah Melayu gerakan komunis dan gerakan kiri cukup ampoh. Gerakan yang  paling tersusun adalah kesatuan serekat kaum buruh. Buruh ladang getah dan buruh lombong bijeh disusun dalam kesatuan buruh.  Kesemua buruh ini adalah buruh impot – pendatang dari China dan India. Bani Melayu pada tahap ini hanya kaum tani.

Kehadiran penjajah Inggeris di Tanah Melayu ini menimbulkan kesedaran nasionalisma. Semangat mahu bebas. Semangat mahu bertuankan diri sendiri. Semangat mahu merdeka lahir akibat adanya penjajah Inggeris.  Bani Melayu bangun berjuang mahu tanah air mereka dipulangkan kepada mereka. Bani Melayu tidak mahu dijajah. Manakala kaum  buruh China dan India mahu upah buruh yang berpatutan , adil dan bebas dari penindasan tuan ladang dan tuan lombong.

Justeru wujud kepentingan  bersama mendobrak Inggeris.  Kamu buruh menentang kaum pemodal  yang menindas. Bani Melayu mahu  merdeka. Ini bibit-bibit United Front – Barisan Bersama demi kepentingan masing-masing. 

Justeru laungan merdeka pertama di Tanah Melayu datang dari Kesatuan Melayu Muda – KMM  (1938-1945) ). KMM  di bubarkan pada tahun1945.  Sebuah parti politik  baru -  Parti Kebangsaan Melayu Malaya  (PKMM ) ditubuhkan sebagai ganti pada tahun 1945. PKMM meneruskan laungan merdeka.  Ketika  PKMM melauangkan merdeka – parti United Malays National Organisation masih lagi berenang dalam kerandut telor Inggeris.

Sila ambil perhatian tarikh  PKMM ditubuhkan  pada  17 Oktober 1945. Tarikh 17 Oktober adalah  tarikh keramat untuk kaum buruh sedunia. Pada tarikh inilah terdirinya  negara sosialis pertama dalam dunia  melalui Revolusi Oktober atau Revolusi Bolshevik yang dipimpin oleh  Lenin dan Trotsky di Rusia pada tahun 1917.

Tarikh 17 Oktober 1945 penubuhan PKMM  membuktikan bahawa para pemimpin PKMM mengetahui dan sengaja memilih tarikh keramat ini. Ini mensahehkan bahawa pemimpin politik  nasionalis Melayu memahami gerakan komunis. Malah idealoji komunis itu tidak jauh dari perjuangan kaum nasionalis Bani Melayu.

Jika idealoji komunis dan sosialis tidak jauh dari nadi perjuangan Bani melayu  kenapa hari ini dihebohkan  bahawa  Bani Melayu itu anti-komunis?

Senang sahaja jawabnya. Negara ini nama asalnya  ialah Tanah Melayu. Tanah Melayu ialah penggabungan beberapa negeri Melayu yang beraja sendiri. Dalam istilah Melayu negeri Bergajah Tunggal.  Negeri negeri ini bergabung. Ini sama saperti negara Bani Arab yang dipanggil United Arab Emirites hari in.  Penduduk asal Tanah Melayu ialah Bani Melayu. Justeru nama asal Malaysia ialah Tanah Melayu – The Land of the Malays.

Buruh China dan buruh India adalah kaum pendatang. Mereka tidak ada pertalian dengan budaya dan sensitiviti dengan bumi Tanah  Melayu.  Mereka datang cari makan. Mereka datang dibawa sebagai buruh paksa. Kalau mereka menentang Inggeris mereka  boleh dihalau pulang ke negara asal. Ini berlainan jika yang bangun melawan Inggeris itu adalah anak watan Bani Melayu.

Pada ketika ini kaum buruh China dan India telah tersusun dalam kesatuan buruh. PKM telah berjaya menyusun kaum buruh ladang dan buruh lombong dengan jaringan Pan Malayan General Labour Union (GLU). Serekat GLU ini  amat bahaya untuk ekonomi Inggeris. Jika berlaku mogok buruh – diladang atau dilombong  maka ekonomi Baginda Queen pasti terjejas.

Dalam masa yang sama PKMM telah berjaya  menyusun  kaum tani Melayu. Pada 7 Julai 1947  di Kajang Selangor  PKMM  telah menubuh sayap tani yang dipanggil Barisan Tani Malaya (BTM).

Bayangkan kaum buruh telah disusun oleh PKM. Kini melalui  BTM kaum tani pula disusun oleh PKMM. Dari ajaran Marx wajib ada kerjasama kaum buruh dan kaum  tani untuk melahirkan revolusi.  Dua kelompok ini adalah ajen yang akan membawa perubahan hakiki. 

Karl Marx  ( 1818-1883)  anak  watan German mendapat suaka politik di London. Menulis teori perjuangan kaum buruh di Perpustakan London. Rujukan teori Marxis berasaskan kapitalisma Inggeris . Rujukan buruh Marx adalah buruh di Manchester England. Pastilah kuasa kolonial Inggeris mengetahui dengan  dalam dan luas garis  perjuangan yang dicadangkan oleh Marx.

Justeru stratiji induk untuk menentang ideloji Marxis ini ialah kaum tani  Melayu wajib dijauhkan dari bekerjasama dengan kaum buruh China dan buruh India.  Cari dan usahkan bentuk dan sebab musabab agar petani Melyu dan terus was was dengan buruh China dan buruh India.  Ini dilakukan oleh kuasa colonial Inggeris dengan teratur  dan berstruktur. Khalas.

Wajib diberitahua bahawa nama-nama saperti Ahmad Boestamam, Abdulah DC, Shamsiah Fakeh , Musa Ahmad, Wahi Anwar,  Rashid Mydin, Mokhtaruddin Lasso,  Mat Indera, Ishak Haji Muhamad, Ibrahim Yakob – adalah nama-nama nasionalis kiri Melayu. Nama-nama mereka  ini diketepikan  dari sejarah. Ini kerana  suara merekalah yang melaungkan merdeka. Dan merekalah juga  yang mengangkat senjata melawan penjajah Inggeris.

Kuasa kolonial Baginda Queen sedar bahawa komunis Melayu atau nasionalis kiri Melayu lebih merbahaya dari komunis China atau komunis India. Dalam perang melawan Inggeris  seorang gerila  Melayu dianggap sama tahapnya dengan  8 orang gerila bukan Melayu. Ini bukan penglibur lara Hishamudin Rais. Ini dari rujukan sejarah yang boleh diselongkar dari Pejabat Kolonial Inggeris ketika aparacik penjajah melancarkan perang saraf.

Perang saraf ini teratur disusun. Jabatan colonial yang melancarkan perang saraf ini memerlukan pengetahuan  mendalam tentang budaya, bahasa dan agama anak  tanah jajahan. Pengetahuan ini  amat diperlukn untuk melawan padangan kaum Marxis dan nasionalis. 

Maka dari jabatan kolonial perang saraf ini lahir School of  Oriental and African Studies  (SOAS)pada tahun 1916.  Gedung ilmu ini khusus memberi ilmu pengathuan tentang budaya dan bahasa warga Asia, Afrika dan Timur Tengah. Tanpa SOAS mustahil Inggeris dapat menjalankan dasar pecah perentah. Mustahial dapat menaklok lebih darai tiga par empat dunia ini.

Kesatuan Comonwealtah adalah bukti dimana Inggeris berjaya menjajah 52 buah negara dalam dunia ini.

Justeru penjajah  menjalankan propaganda bahawa kominis ini bahaya. Bahawa komunis ini anti agama. Bahawa komunis ini anti Raja.  Melalu kajian mereka mendapati bahawa Bani Melayu – sayangkan Raja. Budaya feudal Melayu kukuh. Justeru kuasa colonial Inggeris  memahami bahawa jangan disentuh dan diusik Raja Raja  Melayu.  Maka kuasa Inggers bersubahat dan bersekonkol dengan Raja Raha Melayu untuk menjalan projek penjajahan.

Kolonial Ingeris juga faham akan peranan Islam. Malah sebelum ini kuasa koloial Belanda, Portugiss telah berhadapan dengn gerakan anti colonial yang dipimpin  oleh Iman dan Tok Guru.  Tok Jangut, Mat Kilau dan Datuk Bahaman   Tok Janggut, Raja Haji , Dol Said pastilah watak yang a amat dikenali oleh penjajah Inggeris.

Jadi dari mana pula datangnya labon dan lawak mengatakan bahawa Tanah Melayu ini tidak pernah dijajah?

Biar Hishamuddin Rais terangkan bahawa Datuk Nenek Moyang Khoo Kay Kim – masih di  Tanah Besar China apabila   Dol Said melancarkan Perang  Naning (1831). Khoo Kay Kim masih  dalam kerandut telor ayahandanya ketika  Datuk Bahaman dan Mat Kilau melawan Inggeris pada tahun 1891. Ketika Tok Janggut bangun melawan soldadu  Begali upahan Inggeris  pada tahun 1915 – kerandut telor ayahanda Khoo Kay Kim baru mula mengembang.

Bagimana pula dengan labun Tun Hanif seoarang polis pencen yang abru baru ini berkata bhawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah?  Tentang polis pencen ini sila tunggu mingu hadapan untuk pencerahan. (TT) 








---------------

Tiada ulasan: