Isnin, 27 Januari 2020

NI APA NI?



NI APA NI?

SAPA BOLEH

ANALISA

CAKAP HADI 

Larangan tidak campuri urusan PH disanggah


BAGAN DATUK: Larangan pihak tertentu supaya PAS dan Umno tidak mencampuri urusan PH bukanlah cakap sepatutnya dari seorang pemimpin tetapi adalah ahli politik biasa, demikian sanggah Presiden PAS, Tuan Haji Abdul Hadi Awang.

“Bila lepas pilihan raya, Perdana Menteri (dan) kerajaan (adalah menjadi) kerajaan kepada semua. Bukan kerajaan kepada ahli PH sahaja. Ini mesti faham. Semua yang ada di Malaysia ini adalah rakyat dia.

“Bukan sahaja kita, termasuk lembu, kerbau, kambing biri-biri, semua di bawah perintah dia. Ini mesti faham. Dengan sebab itu kita boleh campur (urusan PH),” ujarnya menyampaikan ucapan penutup Konvensyen Muafakat Nasional Negeri Perak, sebentar tadi.

Menurutnya, walaupun pemerintahan PAS di dua negeri dan termasuk juga Kerajaan BN mempunyai kelemahan, tetapi tidak ketara berbanding yang ditunjukkan PH dalam masa kurang dua tahun memerintah.

Hal tersebut menurutnya, hinggakan rakyat berani menzahirkan perubahan sebagaimana beberapa kali PRK yang memberi kemenangan kepada Muafakat Nasional dan parti-parti kerjasamanya secara positif.

Beliau menyeru supaya umatul ijabah yang menyahut seruan Islam supaya memelihara perpaduan, sementara kepada ummatul dakwah yakni bukan Islam agar menerima ajakan bersama tanpa dipaksa memeluk Islam, namun dilaksanakan adil kepada mereka.

“Sila datang bersama, kita bincang, untuk betulkan keadaan. Kerana kita berada dalam satu bahtera, negara laksana satu bahtera, tak boleh diam. Kalau bahtera bocor, yang sokong pun tenggelam sama, yang tak sokong pun tenggelam sama.

“Kali ini insya-Allah akan berlakunya dibubarkan Barisan Nasional, akan muncul Muafakat Nasional insya-Allah, akan berlaku perubahan politik. Tetapi kita mesti faham, kita mengamalkan konsep demokrasi. Demokrasi memerlukan pengundi-pengundi yang seramai-ramai, penyokong yang seramai-ramai.

“Kita pula menyatukan kumpulan kita sendiri; Melayu Islam bersatu. Dalam masa yang sama, mengajak kaum-kaum lain yang tidak ekstrem supaya bersatu bersama dengan kita, untuk membuat satu kumpulan baru (setelah) melihat kegagalan PRU14 dipimpin oleh PH tidak boleh menunaikan harapan yang dijanjikan.

“Kita tak perlu bahas siapa Perdana Menteri selepas ini, tetapi apa nak buat pada rakyat, ini perlu dibincang,” ujarnya dihadapan lebih 3,000 perwakilan PAS dan Umno dari seluruh negeri Perak dan turut dihadiri Presiden Umno, Tuan Haji Ahmad Zahid Hamidi.

Kata Tuan Guru, jika dahulu penjajah mengubah landskap rantau ini dengan Perjanjian Pangkor, beliau yakin himpunan hari ini bakal mengubah politik negara sekali lagi kepada lebih membina dan kuat. –


GUA HANYA

FAHAM SATU

PEKARA

KAH KAH KAH

HADI DAN PAS

SAMPAI KIAMAT

TAK AKAN

SOKONG 

PEMIMPIN ISLAM

BERNAMA

ANWAR IBRAHIM
KAH KAH KAH
-----------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Politaik segalanya mungkin TT..lu tgok atoklu pandai main game ..bepuluh tahun tentang dap nk kiasa bole jilat mana2 je..lu takkn tak tau...lupn sama...kah kah..

Tanpa Nama berkata...

Tukar Tiup tak kira siape. Haji Hadi bawang ke, Mustapa Ali ke, Chua Soi Lek ke, Sami Vellu ke, Vijandran ke, Shahidan Kassim ke, Azmin Ali ke, janji lu org tak sokong AI. Lu sumer kawan kamcing gua. Itu Berahing Ali katak lompat pung kalu dia hentam AI dia jd BFF gua.

azam berkata...

Aku tengok Lebai Eddy Wang sakit hati dengan LKS & Abam.
Masa dalam PR dahulu 2 orang ni tak sokong dia jadi PM.