Isnin, 27 Januari 2020

SERANG SERANG LAGI







SERANG

Kedutaan AS 

di Iraq diserang roket


TIGA daripada lima roket dilancarkan ke arah kedutaan Amerika Syarikat (AS) semalam, menurut sumber kepada AFP.

Kenyataan pasukan keselamatan Iraq berkata sebuah restoran dalam kawasan kedutaan itu musnah tetapi tiada kematian dilaporkan.

Kawasan kedutaan yang terletak dalam Zon Hijau di Baghdad itu beberapa kali diserang. 

Serangan ke atas kedutaan AS semalam adalah yang kedua dalam tempoh seminggu.

Isnin lepas, sekurang-kurangnya sebuah roket dibedil berhampiran kediaman duta, kata sumber AS kepada AFP. Serangan semalam adalah yang pertama dilancarkan terus ke arah bangunan kedutaan AS.

Perdana Menteri Iraq Adel Abdel Mahdi dan Speaker Parlimen Mohammed Halbusi mengutuk serangan tersebut kerana berisiko menyebabkan negara mereka dalam perang.

Bulan lalu, pengkalan tentera AS di utara Iraq dibedil roket, menyebabkan seorang kontraktor AS maut.

AS kemudian menyerang balas ke atas markas Kataeb Hezbollah, yang merupakan sebahagian daripada kumpulan Hashed al-Shaabi.

Sekurang-kurangnya 25 militia Kataeb Hezbollah terbunuh dalam serangan pada 29 Disember itu. – AFP, 27 Januari, 2020.


JANGAN LEPAS

PELUANG

SERANG SAMPAI

AMERIKA LARI
KAH KAH KAH
----------

Tiada ulasan: