Ahad, 2 Februari 2020

HARI HARI AKHIR SAEKOR BIK MAMA








HARI HARI AKHIR

SAEKOR 

BIK MAMA



Bicara kes rasuah Rosmah bermula 3 Feb


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan membuat penampilan di Mahkamah Tinggi berasingan di sini untuk menghadiri perbicaraan bagi pertuduhan jenayah.

Rosmah, 69, akan menghadiri perbicaraan hari pertama berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, didengar di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan manakala Najib, 67, dijadual meneruskan pembelaannya di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali atas tuduhan menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Kes Rosmah akan bermula pada 2 petang, manakala perbicaraan kes Najib bermula pada 9 pagi.

Rosmah menghadapi tiga pertuduhan rasuah membabitkan ratusan juta ringgit.

Menurut sumber, pihak pendakwaan akan memanggil 25 saksi, dua daripadanya dijangka memberi keterangan pada Isnin selepas pihak pendakwaan membacakan kenyataan pembukaan.

Rosmah, pada mulanya dibicarakan bersama bekas pegawai khas kepada bekas perdana menteri, Rizal Mansor yang menghadapi empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah bagi pihak Rosmah berhubung projek itu.

Bagaimanapun pada 8 Jan lepas, mahkamah melepas dan membebaskan Rizal daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan menarik balik semua pertuduhan terhadapnya.

Pada 15 Nov 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan  meminta RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri RM187.5 juta, yang dibuat melalui Rizal, iaitu 15 peratus daripada nilai kontrak daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.

Perbuatan itu sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rosmah didakwa melakukan perbuatan itu di Lygon Bistro, G-24, Ground Floor, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit dekat sini, di antara Mac dengan April 2016.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Saidi sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek itu di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, pada 7 Sept 2017.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada 10 April 2019, Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta daripada Saidi melalui Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek yang sama di tempat yang sama di Jalan Langgak Duta.

Semua kes itu dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Rosmah juga menghadapi 12 pertuduhan untuk pengubahan wang haram melibatkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Menjadikan kesemua pertuduhan yang dihadapi Rosmah adalah 20.

Kes ini ditetapkan untuk perbicaraan pada Mei tahun ini.

SEGALA BIRKIN

SEGALA INTAN

SEGALA DOLAR

SEGALA DINAR

SEGALA EMAS

SEGALA BERLIAN

SEGALA KONDO

TAK AKAN

MEMBANTU

MELEPASKAN

BIK MAMA

DARI PENJARA

INILAH KESAH

BENAR TENTANG

KUASA DAN

KEKAYAAN

AMIN


-------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah padan muka rosmah. si pencacai angkut taik rizal mansor dah belot dah taknak cuci taik rosmah kahkahkah padan muka.. oit!padan muka hang rosmah!