Rabu, 4 Mac 2020

BACA HATI HATI





BACA HATI HATI

MAT GELAP?

MAT KERITING?



Lelaki ditikam sebelum dilanggar sampai mati

SEORANG pemilik syarikat menjual peralatan kenderaan maut selepas ditikam beberapa kali sebelum dilanggar dengan keretanya sendiri oleh suspek dalam kejadian di Taman Impian Ria, Machang Bubok di Bukit Mertajam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 malam itu, Leow Choong Leong, 41, ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di hadapan sebuah kedai serbaneka di kawasan perumahan itu oleh orang awam yang melalui kawasan itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Supt Mohd Mustafa Bidin berkata polis pada mulanya menerima laporan berhubung kejadian seorang lelaki maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di kawasan itu.

“Polis yang tiba di lokasi mendapati lelaki itu telah meninggal dunia dan terdapat beberapa kecederaan akibat dilanggar dengan kereta, namun pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan beberapa kesan tikaman di badan lelaki itu yang dipercayai diserang sebelum dilanggar.

“Berdasarkan siasatan awal, polis percaya lelaki itu bergaduh dengan suspek tidak jauh dari kawasan berkenaan. Suspek melarikan diri dengan kereta jenis Ford Ranger milik syarikat lelaki berkenaan,” katanya di Bukit Mertajam hari ini.

Mohd Mustafa berkata pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi mendapati suspek yang terlibat dalam pergaduhan itu ialah lelaki berkulit gelap dengan ketinggian dianggar 170 sentimeter, berbadan kurus serta berambut kerinting dan semasa kejadian, suspek memakai baju dan berseluar denim berwarna hitam serta memakai cermin mata.

Katanya polis telah menyiapkan lakaran wajah lelaki itu untuk diedar kepada orang ramai serta balai polis bagi mengesan suspek.

“Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat. Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian itu agar tampil di mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – Bernama, 3 Mac, 2020.


CARA LAPORAN

BERNAMA

INI MEMBAWA

SYAK WASANGKA

CARA LAPORAN

TERGANTUNG

TAK TUNTAS

WAJIB DIUBAH

KHALAS

-------------

Tiada ulasan: