Rabu, 4 Mac 2020

MAKIN MEREBAK







MAKIN MEREBAK

9 maut akibat Covid-19 di AS

ANGKA kematian akibat jangkitan Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) melonjak kepada sembilan orang semalam, kata pihak berkuasa.

Semua kes dilaporkan di Washington dan kebanyakannya di pusat penjagaan yang sama.

Sembilan kematian King County yang merangkumi Seatlle, manakala satu kes di Snohomish County.

Lebih daripada 100 kes disahkan di seluruh AS.

Pusat jagaan Life Care Center di pinggir Seatlle berada di pusat wabak Covid-19 di Washington setaka ini.

Presiden Donald Trump berkata buat masa ini kerajaan tidak akan menyekat perjalanan domestik dan menggambarkan Washington sebagai antara kawasan panas.

Trump juga berkata tiada sekatan untuk sebarang perhimpunan, termasuk kejohanan tahunan bola keranjang “March Madness”. – AFP, 4 Mac, 2020.
---------

Tiada ulasan: