Rabu, 18 Mac 2020

HUBAYA HUBAYA






HUBAYA HUBAYA

DENGAR DENGAR

DALAM HAL INI

WARGA WAJIB

IKUT ARAHAN


Gelombang ketiga Covid-19 bagai tsunami jika tak serius, pesan KP Kesihatan

KETUA Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah merayu kepada semua rakyat Malaysia agar mengambil serius Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa hari ini hingga 31 Mac dalam usaha kerajaan mencegah penyebaran baharu penyakit Covid-19.

“Hari ini adalah hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan di negara kita. Dengan kata-kata mudah, sila duduk di rumah dan jarakkan diri daripada orang lain,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau menggesa agar masyarakat membantu Kementerian Kesihatan dengan memainkan peranan masing-masing ke arah memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.

“(Ini) kerana setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga,” katanya.

Menegaskan bahawa kegagalan bukan pilihan dalam soal menangani Covid-19, Dr Noor Hisham turut memperkatakan tentang bahaya yang mungkin muncul jika masyarakat mengambil sikap sambil lewa.

“Kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini, yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami, lebih-lebih lagi jika kita mempunyai sikap tidak kisah,” katanya.

Beliau mengakhiri hantaran itu dengan pesanan berikut kepada orang ramai: “Duduk di rumah dan jangan keluar.”

Kerajaan mengambil keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 hingga 31 Mac ini di seluruh negara untuk mencegah penularan baharu wabak Covid-19 yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai orang.

Malaysia mencatat dua kematian pertama akibat Covid-19 semalam. – Bernama, 18 Mac, 2020.


DEMI 

KESELAMATAN

KITA BERSAMA
----------

1 ulasan:

Unknown berkata...

Ngapa panic berlebihan hadapi convit 19,hingga trpaksa lockdown.

Singapura,Indonesia pemerintahnya masih waras dn tidak panik menghadapi convit19 dn tak brlaku lockdown.

Hanya mereka brusia 80 tahun keatas mudah diserang virus ni,Sbb antibody situa sudah keriput.

Cuma nak Tanya brapa Juta rakyat China mati kerana Convit19 ni.

Waduh! 100 - 200 orang mati setiap diMalaysia ni setiap hari bukan kerana Convit19 tetapi sakit jantung kanser buah pinggang Kencing manis dn mcm" sakit le.