Ahad, 8 Mac 2020

MAKIN JELAS





KALAU LANUN

JADI MENTERI

MUHYIDDIN

LINGKUP DALAM

SEHARI

KAH  KAH KAH


Mufti percaya Muhyiddin tak lantik menteri terkait rasuah, tipu sijil


PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin dijangka tidak akan melantik individu yang terkait jenayah, rasuah dan juga penipuan sijil akademik ke Kabinet, kata mufti Perlis.

Mohd Asri Zainul Abidin berkata ia antara yang dibangkitkan Muhyiddin dalam pertemuan di kediaman perdana menteri itu semalam.

“Beliau memaklumkan kepada saya – insha Allah – senarai anggota Kabinet beliau nanti mereka yang melepasi tapisan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan PDRM (Polis Diraja Malaysia).

“Saya juga dimaklumkan oleh mereka yang terlibat menguruskan semalam bahawa beliau meminta setiap yang akan menganggotai Kabinet beliau tidak membuat dakwaan palsu tentang sijil yang dimiliki.


“Setiap orang hendaklah menyatakan sijil pendidikan sebenar yang dia perolehi,” kata Mohd Asri dalam satu tulisan di Facebook.

Dalam tulisan itu, Mohd Asri turut menyatakan sokongan dan kesediaan membantu Muhyiddin atas tindakan baik yang dibuat atas kepentingan agama dan negara.

“Demikian, saya juga bersedia untuk mengkritik kerajaan jika hal sebaliknya berlaku,” katanya lagi.

Mohd Asri turut memberi peringatan bahawa menteri yang dilantik perlu jujur, cekap dan tidak memusuhi Islam dan tidak membuat kenyataan memperbodohkan rakyat.

“Rakyat memerlukan kehidupan yang aman, ekonomi yang baik dan persekitaran yang selesa untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

Mohd Asri yang bersembahyang jemaah dengan Muhyiddin turut memujinya sebagai penganut Islam yang dapat memimpin solat dan mampu melafazkan bacaan dengan baik.

Muhyiddin dilaporkan akan mengumumkan pelantikan Kabinet baharunya esok, seminggu selepas mengangkat sumpah jawatan perdana menteri kelapan. – 8 Mac, 2020.


JIKA MUHYIDIN

GILA SASAU

MAKA AKAN

LANTIK LANUN

KAH KAH KAH

TAPI ITU

TANDA SASAU

KAH KAH KAH




KITA WAJIB

SABAR TUNGGU

--------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah tang tipu sijil tu mmg win. tapi apa mau takut bang, kat uitm ramai juga pensyarah yg ada sijil palsu, boleh jadi pensyarah jugak, tiap2 tahun naik jer gaji kahkahkah pangkat naik jugak kahkahkah siap boleh jadi dekan lagi!kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Yang penting ikhlas jujur cakap serupa bikin, yang berwayang, yang berjanggut, yang berkopiah, yang dahi hitam, yang berlakon warak tapi belakang sapu jaga jaga, dah ramai guna taktik sama,dari peringkat PM sampai budak pejabat, pakai taktik sama, guna nama Allah, guna nama Nabi nak pamer warak, nak pamer suci murni tapi belakang minta rasuah, minta sedekah ikhlas, minta komisen, minta makan minum, minta macam macam kah kah kah, sentiasa cermin diri, kakitangan awam suci bersih belaka ? Kah kah kah