Selasa, 31 Mac 2020

SIAPA YANG AMBIL DUIT





SAPA YANG

AMBIL DUIT?

DUIT SIAPA?

CHINA MERAH ?


SPRM terima aduan salah guna kuasa berkaitan projek ECRL

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menerima satu aduan mengenai salah guna kuasa berkaitan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). 

Tanpa mendedahkan penglibatan mana-mana individu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata aduan itu akan diteliti dahulu sebelum siasatan lanjut diteruskan. 

“Saya mengesahkan SPRM ada menerima aduan daripada pengadu berhubung dengan isu ECRL untuk disiasat. Bagaimanapun pihak saya (SPRM) akan meneliti dahulu aduan berkenaan. 

“Pihak saya (SPRM) tidak boleh mendedahkan mana-mana pihak yang diadukan dalam kes ini kerana siasatan belum dimulakan,” katanya kepada Bernama TV hari ini. 


Sementara itu, menurut sumber yang diperoleh Bernama TV, aduan itu antara lain meminta SPRM menyiasat kenaikan kos projek ECRL yang didakwa hanya RM30 bilion kepada RM44 bilion. 

Sumber itu yang merujuk satu laporan media berkata projek ECRL dibatalkan pada Januari 2019, namun, pada April 2019, bekas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Daim Zainuddin berjaya meyakinkan kerajaan untuk meneruskan ECRL dengan China Communication Construction Company Ltd (CCCC) dengan kos RM44 bilion menerusi Pakej Pelan Baru ECRL.

Sumber itu mendakwa pelan baharu ECRL hanya menelan kos RM30 bilion setelah beberapa perkara dikurangkan antaranya pembatalan lima stesen di laluan Gombak-Klang. 

“Ini bermaksud pelan baharu ECRL lebih mahal RM14 bilion disebabkan pengurangan perkara-perkara berkenaan,” katanya. 

Projek ECRL disambung semula setelah perjanjian tambahan antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan CCCC dimeterai pada 12 April 2019 yang menyaksikan pengurangan kos projek sebanyak RM21.5 bilion berbanding kos asal RM65.5 bilion.

Berikutan itu, projek rel itu akan dibina dengan jajaran baharu dan jarak landasan dikurangkan sebanyak 40km, iaitu sejauh 648km berbanding rancangan awal sejauh 688km.

Jajaran baharu itu ialah dari Kota Baharu - Mentakab - Jelebu - Kuala Kelawang - Bangi/Kajang -Putrajaya dan seterusnya Pelabuhan Klang. Cadangan asal projek ECRL itu menghubungkan Pelabuhan Klang di Selangor ke Pengkalan Kubor di Kelantan. – Bernama, 30 Mac, 2020.


KETEPI LALU

DI KLAWANG

INI KAMPONG DEN

SIBUKLAH

NANTI
KAH KAH KAH
---------

1 ulasan:

Awanama berkata...

https://www.malaysiakini.com/news/517845

tt, kau baca la berita ni. dedulu ramai menteri disuruh tanam pokok, lepas tu disuruh potong reben atau tekan tekan punat. tapi suraida ni paling legend sebab sembur sabun bunuh kuman covid19. dah 3 kali gomen bertukar, budaya cari publisiti dari kalangan menteri masih ada rupanya. tolong laa rentikan kerja2 bodoh macam ni. kau kawan zuraida kan? tolong la nasihatkan dia. OZ cakap ni semua WOFTAM!