TERBAIK
SESAMA KITA
BANTU MEMBANTU
Maritim hulur bantuan kepada nelayan sekitar perairan Kota Kinabalu
MENYEDARI nelayan di sekitar perairan Kota Kinabalu terjejas dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini menyantuni mereka dengan menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan harian.
Sumbangan itu diserahkan sendiri oleh Pengarah Maritim Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim, Mohd Rosli Abdullah dengan menaiki Bot Ronda Pengawal 38 bersama Bot Kilat.
Tinjauan mendapati beberapa nelayan yang menerima bantuan itu daripada golongan kurang berkemampuan dan menangkap ikan untuk keperluan harian mereka.
Kebanyakkan mereka merupakan nelayan pesisi pantai yang menetap di sekitar kampung di Pulau Gaya.
Mengulas mengenai rondaan itu, Mohd Rosli berkata, selain keberkesanan pematuhan PKP, pihaknya turut memantau setiap pergerakan daripada penduduk di sekitar pulau berhampiran Kota Kinabalu dalam menjalankan aktiviti secara minima dan terus mematuhi pelaksanaan PKP sehingga 14 April hadapan. – 30 Mac, 2020.
TUNJUKAN
KEMANUSIAN
KITA BERSAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan