Ahad, 22 Mac 2020

TAHNIAH IRON LADY







TAHNIAH

IRON LADY

Penghuni PPR dikecuali satu bulan sewa, umum menteri

KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini mengumumkan pengecualian sewa untuk satu bulan kepada lebih 9,000 penghuni unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah pengurusan kementerian itu.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin, dalam satu kenyataan, berkata ia dibuat untuk membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

PPR yang terlibat termasuk PPR Sentul Murni, Rumah Transit Bukit Jalil, PPR Lembah Subang 1, PPR Lembah Subang 2, PPR Kg Hassan Hulu Selangor, PPR Ladang Siliau Port Dickson, PPR Tok Suboh, PPR Amanjaya, PPR Kota Setar, PPR Sinar Intan 3, PPR Gua Musang, PPR Kota Bahru.

Sementara itu, Zuraida turut menyarankan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) menggunakan budi bicara masing-masing untuk memberi pengecualian sewa premis PBT kepada peniaga kecil yang terjejas kerana terpaksa menutup perniagaan susulan pelaksanaan perintah tersebut.

Beliau menggesa PBT memastikan semua pasar raya dan kedai runcit mengamalkan jarakan sosial, menyediakan cecair pembasmi kuman di laluan masuk dan keluar serta kerap membersihkan pemegang troli dan bakul barangan bagi mengurangkan risiko jangkitan virus COVID-19.

KPKT menerusi PBT juga akan berkerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memantau dan memastikan pusat jagaan warga emas swasta mempunyai bekalan bahan keperluan yang mencukupi sepanjang tempoh PKP, katanya. – Bernama, 21 Mac, 2020.



LANGKAH JELAS

LAGI TEPAT

BANTU WARGA

YANG PERLU

BANTUAN
---------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah zuraida mak lampir ni terus dinobat sebagai IRONLADY oleh tt sebab buat pengecualian bayar sewa rumah ppr. power la hang, sakai. oit! hang taknak puji yg lain2 sama ka? azmin, tian chua, baru bian, saifudin semua tu pun bertarung nyawa juga utk perangi wabak covid19, takkan taknak puji? iflix, astro, tnb, unifi dan lain2 yg bagi free taknak puji ke?

Mat Despatch berkata...

Kali ni zuraida pulak di pam sebagai ironlady. Aritu kak tipah sangat hebat arini bai bai kak tipah. Pandai kak tipah ek madey jatuh kak tipah pun bawak diri menangis kat hujung katil.... This is kUrma