Jumaat, 17 April 2020

AL-FATIHAH









AL-FATIHAH

ORANG TUA DIBANTU POLIS LIPIS MENINGGAL DUNIA KERANA MASALAH JANTUNG

KUALA LIPIS:  Semalam, video viral  seorang tua mendapat bantuan daripada  seorang mekanik dan anggota polis kerana kepenatan di tepi jalan Lipis disahkan meninggal dunia hari ini kerana masalah jantung.

Video yang viral dalam Youtube menunjukkan seorang warga emas   yang dikenalpasti  sebagai UNCLE LAI FAH KUEN duduk ditepi jalan Kechau . Beliau dalam perjalanan ke Bandar Baru Kuala Lipis untuk membeli makanan.

Beliau kemudiannya menerima bantuan daripada anggota-anggota polis dari Kuala Lipis. Anggota keselamatan memberi bantuan makanan serta menghantar warga emas ini   ke rumahnya yang terletak kira-kira 1 kilometer dari tempat beliau di temui.

Pada pukul 11.00 pagi tadi, phak Polis bersama Tok Empat Kechau telah ke tempat tinggal Uncle Lai untuk memantau keadaannya.

Pihak Polis terpaksa memecah pintu rumah Uncle Lai apabila beliau tidak menjawab panggilan  Tok Empat dan pintu rumahnya pula berkunci. Beliau dijumpai dalam rumah dalam keadaan tertiarap di lantai.

Pihak Hospital Kuala Lipis kemudiannya mengesahkan UNCLE LAI FAH KUEN meninggal dunia akibat masalah jantung.





Tiada ulasan: