Jumaat, 17 April 2020

LANGKAH TEPAT






LANGKAH TEPAT

BIJAK ILMIAH

BUKAN MINUM

AIR SUAM 


Kementerian pesan kit dari Korea untuk ujian besar-besaran

KEMENTERIAN akan meningkatkan perolehan bagi kit ujian Covid-19 baharu dari Korea yang didapati berkesan dan beketepatan tinggi, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan berkata, ujian polymerase chain reaction (PCR) yang digunakan sepanjang operasi Covid-19 setakat ini akan terus dilaksana sebagai pelengkap.

Tambahnya, penggunaan kit ujian antigen rapid test kit tersebut akan meningkatkan lagi kemampuan Malaysia untuk membuat ujian besar-besaran seluruh negara.

“Kita akan mula guna antigen rapid test kit… Kita akan tambah perolehan untuk kit ujian dari Korea ini untuk ujian besar-besaran,” kata Dr Noor Hisham dalam sidang media disiar langsung.


Beliau juga menjelaskan, Malaysia juga sudahpun menjalankan ujian besar-besaran selama ini, namun dengan kaedah lebih tersasar.

Tambahnya, ujian menggunakan kit baharu tersebut lebih mudah kerana hanya memerlukan peralatan kabinet keselamatan biologi dan boleh ditempatkan di tempat rawatan.

Keputusan ujian PCR yang dilaksana setakat ini pula mengambil masa beberapa hari dan perlu dijalankan di lebih 40 makmal dengan kelengkapan khas.

Kaedah ujian besar-besaran menggunakan kit itu dikaitan dengan kejayaan Korea Selatan dalam usaha meratakan lengkung dalam rajah kadar jangkitan Covid-19 di republik tersebut.

Dr Noor Hisham juga hari ini mengambil maklum mengenai beberapa negeri yang tidak mencatat sebarang kes baharu, namun katanya kawasan tersebut masih belum dapat dikategori kawasan hijau.

Katanya tempoh selama 14 hari yang merupakan tempoh inkubasi virus tersebut perlu dilalui untuk memastikan tiada jangkitan baharu bagi memastikan kampung, mukim atau daerah tertentu tiada kes.

“Selepas 14 hari tiada kes barulah kita boleh kata ia kawasan hijau,” katanya yang menambah langkah tertentu akan diambil untuk memastikan kawasan diisytihar status hijau kekal di status tersebut.

Beliau juga mengumumkan seramai 119 pesakit pulih, menjadikan jumlah pesakit yang dibenarkan pulang kini 2,766 atau 53.4% daripada jumlah keseluruhan kes.

Menurutnya, 110 kes baharu dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah jangkitan 5,182.

Sementara itu, satu kematian dilaporkan hari ini, di Hospital Kuala Lumpur, menjadikan jumlah keseluruhan yang terkorban seramai 84 orang. – 16 April, 2020.


SOSOK YANG

DIYAKINI DUNIA

Tiada ulasan: